Haiwan peliharaan boleh dianggap seperti keluarga kerana banyak masa yang diluangkan bersama mereka. Hari pemergian haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai hari hitam buat pemiliknya.
Baru-baru ini, seorang pemuda dari Indonesia ada berkongsikan beberapa video di TikTok berkenaan ikan Flower Horn miliknya yang terpaksa digoreng. Lebih memilukan, pemuda ini sudah membela ikan itu semenjak ia kecil lagi.
@freeze2ndtiktok Ya gimana ya #lohan #ikanlohanku
Dalam video yang berdurasi selama 8 saat itu, lelaki ini meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa menggoreng ikan yang dibela. Difahamkan, dia ada membela beberapa ikan Flower Horn dan salah satu daripadanya tidak mempunyai umur yang panjang.
Tidak sanggup memakan daging ikan peliharaannya sendiri, lelaki ini memberikan ikan yang digoreng itu kepada kucingnya. Pemuda ini sempat berseloroh dengan menggelar kucingnya tidak mempunyai perasaan kerana memakan ikan kesayangannya.
@freeze2ndtiktok Balas @kiagusihwan ya namanya juga manusia, mamalia paling buas dibumi ?
Video ikan Flower Horn yang digoreng itu mendapat perhatian ramai. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mencecah 16.8 juta jumlah tontonan.
Apabila ditanya oleh warganet berkenaan rasa isi ikan Flower Horn, pemuda ini sempat berseloroh dengan mengatakan rasa isi ikan itu seperti kenangan.
“cuma rasanya kayak makan kenangan aja :’)”
@freeze2ndtiktok Balas @gisnaastria bisa kok, cuma rasanya kayak makan kenangan aja :’) #lohan #lohanku
Orang yang ada haiwan peliharaan mesti faham perasaan pemuda ni kan?
BACA: Pekerja di Colombia Bakal Diberikan Cuti 2 Hari Jika Haiwan Peliharaan Mati