Apabila seseorang itu berada di puncak kejayaan, mereka akan terus berusaha untuk terus menjadi yang terbaik. Ada juga yang memilih untuk meningkatkan mutu kehidupan dengan mencari pekerjaan dengan gaji yang banyak.
Namun lain pula kisahnya buat Oanh Yen, seorang bekas ratu cantik yang memilih untuk hidup secara sederhana bersama enam anaknua di kampung. Difahamkan, wanita ini bekerja sebagai petani untuk menyara kehidupan.
Di Vietnam, nama Oanh Yen cukup dikenali kerana memiliki kecantikan yang luar biasa. Dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010 dan Queen of Beauty World 2019 di Korea.
Menurut sumber, figura itu mengekalkan bentuk badan serta kecantikannya dengan mengcangkul tanah dikebun. Jika dipandang sekali lalu, pasti tiada siapa yang menyangka pekebun itu ialah seorang bekas ratu cantik di negara itu.
Meskipun pernah berada di puncak kejayaan, Oanh Yen jarang bercakap mengenai kehidupan peribadinya. Malah, ramai yang tidak menyangkan dia sudah mempunyai enam orang anak walhal masih kelihatan muda.
Untuk rekod, wanita ini menghabiskan masanya dengan bercucuk tanam, selain menjaga anak-anaknya di rumah.
Kredit: Harian Metro
BACA: Model Dilahirkan Lelaki Menang Pertandingan Ratu Cantik Miss Netherlands