Sebelum ini kemelut rumah tangga vokalis kumpulan Rock tempatan Sam Bunkface menjadi perhatian ramai, ia kerana terdapat perbalahan berkenaan nafkah anak mereka yang dijaga oleh bekas isteri.
Menurut laporan mStar, hari ini Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor memutuskan penyanyi itu perlu membayar tunggakan nafkah kepada bekas isterinya iaitu Aida Azira Hussin.
Difahamkan, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom didapati gagal mematuhi perjanjian yang menyatakan dia perlu membayar nafkah anak sebanyak RM1,300 sebulan seperti mana yang dipersetujui pada 2021.
“Keputusan hari ini mahkamah memerintahkan Sam kena bayar duit nafkah seperti yang diperintahkan.
Mahkamah memutuskan ada tunggakan lagi dari pihak Sam yang perlu dijelaskan kepada anak guam saya.
Sam tak bayar nafkah RM1,300 tersebut seperti dipersetujui bersama sewaktu 2021 dan dia perlu membayar semula tunggakan tersebut dalam tempoh kurang daripada 12 bulan,” kata peguamnya itu.
Aida Azira meluahkan rasa syukur apabila keputusan mahkamah itu dikeluarkan, Sam bagaimanapun difahamkan tidak bertemu dengan pihak media dan enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya dia hanya beredar pergi.
Sebagai info, Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada April 2015 sebelum bercerai empat tahun kemudian, perkahwinan mereka itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang kini berusia 6 tahun.
Baca: Bekas Isteri Tak Setuju Kurangkan Nafkah Anak, Sam Bunkface Mahukan Keadilan