in

Bekas Guru Dihadap Ke Mahkamah, Dituduh B*nuh Cikgu Istiqomah

Ft Suspek Cikgu Istiqomah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Tertuduh yang dikenali sebagai Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36 hanya mengangguk faham, namun begitu tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.


Artikel berkaitan : “Saya reda dan ikhlaskan kematiannya” – Suami Cikgu Istiqomah Tak Sanggup Lihat Mayat Isteri

Artikel berkaitan : Suami Cikgu Istiqomah Harap Proses Tuntutan Jenazah Dipercepatkan

Tertuduh merupakan bekas guru dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim membantah sebarang bentuk jaminan diberikan terhadap tertuduh.

Beliau telah memohon tarikh sebutan baru sementara menunggu laporan ujian DNA dan bedah siasat. Oleh itu, Shu Yee pada penghakimannya telah menetapkan 22 Oktober ini sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Screenshot 2024 08 19 124258

Untuk rekod, tertuduh telah ditahan selepas didakwa melakukan pembunuhan kejam terhadap mangsa yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember lalu.

Kegiatan itu terbongkar selepas penemuan mayat tanpa kepala, kaki dan tangan yang telah disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang di Alor Gajah pada 31 Disember lalu dan ia disahkan guru wanita berkenaan.

Ianya disahkan berdasarkan ujian DNA yang dilakukan terhadap ibunya pada 2 Ogos lalu dan mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang 27 Disember lalu.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.