“Begitu syulit lupakan rehan… apalagi rehan baik…”
Admin yakin sepanjang minggu lepas, pasti ramai di antara korang asyik teringat dengan lagu Rehan ini kan?
Sebab setiap kali kita buka saja media sosial, tak kiralah Instagram ke, TikTok ke atau Facebook, lagu Rehan ini kerap kali bermain di mana-mana sampaikan kita susah nak lupa hingga membawa ke tidur. Parah dah ni…
@lembata_intan
Rupanya anda sedang alami earworms
Tapi tahukah anda, situasi teringat-ingat akan lagu yang sama bermain dalam otak berulang kali sehingga mengganggu ketenteraman ini rupanya dinamakan sebagai Earworms.
“Begitu syulit.. lupakan Rehan..…Apalagi rehan baik…” adakah lirik tersebut masih berputar di minda tanpa henti?
Ia adalah situasi yang dinamakan Earworms
"Earworms" ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda sehingga mengganggu ketenteraman.
Thread pic.twitter.com/0j0Q2ejV2u
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) September 25, 2022
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Twitter, ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu seperti ini mempunyai ciri-ciri melodi yang lebih pantas dan ringkas serta panjangnya sekitar 15 hingga 30 saat sahaja.
Malah muzik yang dikira sebagai earworms ini mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu lebih menonjol dari yang lain.
Cara nak hentikan earworms
Kalau korang dah rasa rimas asyik teringat lagu yang sama berulang kali, jangan bimbang sebab ada beberapa cara yang korang boleh buat untuk melupakan lagu tersebut:
1. Dengar keseluruhan lagu.
Nikmati keseluruhan lagu dapat hilangkan sesetengah rangkap lagu yang ‘terperangkap pada gelung’ di kepala anda.
2. Tambah variasi lagu dalam fikiran
Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir pun boleh membantu.
3. Abaikan
Cuba untuk tidak fikirkannya dan biarkan ia lenyap secara semulajadi dengan sendirinya.
4. Kunyah gula-gula getah
Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus lepas dengar lagu yang sangat menarik, ia akan kurangkan kemungkinan diganggu earworms.
5. Sibukkan diri
Apa-apapun perkara ini tidaklah membahayakan kesihatan, cuma kadangkala boleh berlaku gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis — apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.
Dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah NEUTRAL, tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda.
Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius.
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) September 25, 2022
Jadi kalau anda nak ‘lupakan Rehan’, kenalah dengar lagu-lagu lain yang lebih berkualiti supaya ia tidak stuck di kepala anda dalam masa yang lebih lama. Rasa muak pula kan kalau asyik teringat lagu sama sepanjang hari?
Baca: Trending Video ‘Reyhan’ Di TikTok, Gadis Ini Tampil Dedah Rupanya Lelaki Dalam Mimpi!