Belum pun selesai lagi kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, semalam telah mengumumkan dirinya sedang hamil dengan usia kandungan berusia 10 minggu.
Menurut posting di Instagram, Shuhada memberitahu yang dia telah memaklumkan hal tersebut di mahkamah dalam keadaan sedih dan air mata turun tanpa henti.
Walau bagaimanapun, dia akui harus cuba untuk kuat demi anak-anak dan memerlukan kekuatan dari orang sekeliling dalam melalui ujian ini.
https://www.instagram.com/p/Cq-jepIPa_K/
Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depres yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati ibu, ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baru sis dan Umar.
“Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan ibu masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.
“Ibu takut ibu beri kesan kepada baby dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak ibu,” tulisnya.
“Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan”
Dalam pada itu, Shuhada juga memaklumkan yang dia telah jatuh pengsan di hospital akibat mengalami tekanan yang teruk dan sedang berpuasa.
Doktor juga telah menasihatkannya untuk berbuka kerana bimbang akan keadaan kandungannya.
Shuhada juga pada masa yang sama berasa bersyukur dan terharu dengan sokongan yang diterima daripada ahli keluarga, pihak polis dan perundangan serta netizen yang sering memberikan kata-kata sokongan.
“Anak dalam kandungan itu tak berdosa ibu”
Posting yang dimuat naik Shuhada telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang simpati dengan keadaannya dan mendoakan wanita ini terus tabah untuk mengharungi dugaan tersebut.
Dalam pada itu, ada yang berspekulasi bahawa kes pukul yang berlaku tempoh hari kepada Shuhada itu terjadi ketika dia sedang hamil.
Jaga kesihatan baik-baik ya Shuhada… semoga terus kuat!
Baca: Shuhada Dakwa Ada Saksi Nampak Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Di Bazar Ramadan?