in

“B*doh dia memang pekat sikit” – PA Berang Dipanggil ‘Balaci’ Oleh Adik Shila Amzah

Pa Shila Amzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konflik keluarga penyanyi terkenal Shila Amzah dengan adik-adiknya kelihatan semakin tegang.

Tidak cukup dengan kenyataan dari pihak Shila Amzah dan dua adiknya Syada serta Amir Shafiq, pembantu peribadi Shila Amzah yang dikenali sebagai Aini juga menceritakan ‘sisi lain’ adik lelaki penyanyi itu.


Artikel berkaitan: “Dikerah untuk bekerja..” – Ubai Dedah Shila Amzah Selama Ini Tanggung Keluarga

Artikel berkaitan: “Kau beduk kakak kau, adik kau” –  Bekas Adik Ipar Tampil Pertahankan Shila Amzah

Dalam Instagram miliknya, Aini berkongsi dia sudah tidak mahu berdiam diri apabila Shafiq memanggilnya ‘balaci’ serta menuduh dia pernah menengking ibunya iaitu Fauziah Sarman.

Cats 20

Menerusi IG story, Aini berkata dia sudah tidak tahan dengan perangai beberapa ahli keluarga Shila Amzah itu malah cukup terkilan apabila digelar ‘balaci’.

“Aku ni 13 tahun kerja. Luar dalam korang semua kat tangan aku. Aku selama ni sabar je dengan perangai sorang-sorang, macam-macam benda aku buat walaupun bukan kerja aku.

Aku diam je tak kacau hidup korang, kau sedap panggil aku balaci,” luahnya.

Malah dalam IG story yang berikutnya, Aini mendakwa perkahwinan Shafiq sebelum ini turut dibiaya oleh kakaknya itu.

2 3 1 3

Selain itu, pembantu peribadi Shila itu juga berkata dia pernah ingin bertemu dengan Shafiq namun dia tidak munculkan diri lalu bertindak block WhatsApp sehingga tidak boleh dihubungi.

Aini juga memerli dan mendakwa Shafiq ini seorang gangster dan pernah memukul wanita.

Fuh, makin panas cerita ni…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.