Seorang bayi malang berusia 8 bulan terpaksa ditidurkan selepas didakwa didera oleh sepasang kekasih.
Difahamkan, bayi itu didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya yang menyebabkan pendarahan dalam otak.
Menurut laporan Kosmo!, bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Artikel berkaitan: Bapa Nampak Kesan Bengkak, Kaki Anak Umur 2 Bulan Patah Disyaki Didera Pengasuh
Artikel berkaitan: Kes Dera Anjing Husky: Pemilik Didakwa Figura Terkenal, Penyelamat Dituduh Menculik?
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian dera itu terbongkar selepas wanita itu membawa mangsa ke sebuah klinik swasta untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.
“Pihak klinik menasihati ibu mangsa supaya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Pontian.
Pasukan perubatan Hospital Pontian melakukan pemeriksaan ke atas bayi berkenaan dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri disyaki ada unsur penderaan sebelum membuat laporan polis pada pukul 9.15 pagi, semalam,” katanya.
Mangsa kemudian dirujuk ke HSA dan mendapati punca bayi tersebut tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak kerana kekurangan oksigen.
Susulan laporan itu, beliau memberitahu, ibu bayi yang berusia 26 tahun telah ditangkap di HSA manakala teman lelaki berusia 24 tahun menyerah diri Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian semalam.
Sumber: Kosmo!