in

“Bayaran sikit, kena pakai ‘wardrobe’ sendiri” – Adibah Noor Dedah Hakikat Sebenar Industri Lakonan Malaysia

Adibah Noor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama ini mati-mati kita menganggap bahawa pelakon di Malaysia ini kaya raya, mana taknya kalau perhatikan di media sosial, lifestyle  mereka memang begitu fabulous.

Namun hakikatnya, ia tidaklah begitu indah seperti mana yang kita sangka lepas penyanyi dan pelakon sendiri, Adibar Noor mendedahkan realiti sebenar kaedah pembayaran industri lakonan di negara ini.


 

Kita di Malaysia masih jauh kebelakang,

 

adibahnoor

adibahnoor2

Sebagai penggiat seni Adibah Noor sudah semestinya tahu selok belok produksi, sepatutnya pelakon tandatangan kontrak dan dibayar dengan jumlah tertun jika ditawarkan membintagi filem mereka.

Kadang kala pelakon tersebut dibayar mahal, bahkan bayaran itu meliputi promo bagi cerita tersebut. Tapi cara di Malaysia pula lain, jauh kebalakng untuk pelakon-pelakon tempatan mendapat kelebihan begini

 

Mereka mungkin famous tapi tak seberapa kaya

adibahnoor3 adibahnoor4

adibahnoor5

 

Menurut Adibah Noor, pelakon di Malaysia ini bukan sahaja dibayar kurang, bahkan kos-kos seperti busana, pengangkutan dan tempat tinggal pun kena guna duit sendiri.

Selain itu, mereka sebenarnya terpaksa buat promo sesebuah drama/filem yang dilakonkannya tanpa bayaran tambahan, namun mereka relakan hati bagi mempromosikan diri sendiri.mereka selalunya terjerat diantara menambat hati peminat dan pihak produksi.

Mereka berharap agar dibayar pengangkutan, penginapan dan paling penting sekali masa mereka untuk sampai ke lokasi.

Jadi, kehidupan mereka bukanlah seindah mana yang disangka, mereka mungkin terkenal tapi tidaklah sekaya mana.

 

Kalau pelakon kegemaran tak muncul masa buat promo atau screening tu faham-fahamlah

adibarnoor6

adibahnoor6

Lepas ni, kalau pelakon kegemaran tak ada buat promo atau mana-mana screening, anda dah tahu apa sebabnya. Patutlah pernah ada kes sorang pelakon ni susah sangat nak buat promo walaupun hanya ambil masa beberapa minit. Eh!

Bahkan, menurut Adibah jika sesebuah drama itu ditayang semula, bonus atau royalti yang pihak produksi terima belum tentu diagihkan kepada pelakon.

 

Baca : “Buat kerja pun cincai!” – Fathia Latiff Tak Puas Hati Dengan Pihak Produksi?

cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.