Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta mendedahkan bahawa dia sudah membayar cukai sebanyak RM50,000 yang dipercayai dibuat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara tunai, lapor Kosmo!.
Bagaimanapun, Che Ta tidak memaklumkan dengan lebih lanjut tentang perincian pembayaran cukai taksiran tersebut.
“Settle sudah balance tahun lepas punya.
“Bayar tax ni memang sampai mati wei. #LHDN,” tulisnya dalam Insta Story.
Artikel berkaitan: “Sila betulkan kenyataan anda” – Che Ta Tepis Dakwaan Tak Pernah Bayar Pinjaman MARA
Artikel berkaitan: “Takkan tinggal atas pokok” – Tular Dakwaan Rumah Disita, Ini Penjelasan Che Ta
Sebelum ini, media pernah melaporkan mengenai penularan notis kebankrapan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam kepada usahawan itu atas dakwaan gagal membayar cukai kepada LHDN.
Pun begitu, Che Ta menyatakan dia tidak tahu-menahu mengenai penyebaran notis tersebut dan menegaskan tiada masalah dengan LHDN kerana konsisten melakukan bayaran setiap bulan melalui ejen yang dilantik.
Sekitar Disember lalu, nama pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menjadi bualan ramai susulan terpalit isu pinjaman hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dibuat pada 2017.
Dikatakan, pinjaman MARA berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn. Bhd. dengan nama dan anak lelakinya itu sebagai penjamin.
Selepas beberapa minggu, pelakon itu dimaklumkan telah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 kepada MARA dan baki hutang yang tertunggak perlu diselesaikan sebelum penghujung Mac tahun ini.
Sumber: Kosmo!