Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn. Bhd (Kedah FC) untuk menasihati Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md. Nor.
Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai seseorang Menteri Besar dan bukannya “Badut” – TMJ
Nasihat itu diberikan menerusi Instagram milik Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar semalam dalam satu ruangan komen semalam.
Dalam nasihat tersebut, TMJ menyatakan tindakan Menteri Besar Kedah itu telah memecah belahkan penyokong bola sepak antara Kedah dan Johor. Katanya lagi, MB Kedah seharusnya menjaga sikap sebagai seorang menteri.
Dalam pesanan tersebut, TMJ juga memanjatkan doa buat Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar agar diberkati Allah SWT dan memberikan satu kata petikan terhadap intergriti seseorang pemimpin.
https://www.instagram.com/p/CjT8qSVvdk2/
Komen tersebut tular di Twitter, rata-ratanya menyokong dengan kenyataan TMJ, ada yang mengatakan bahawa sikap sebegini tidak patut dilakukan.
Baca : Muhammad Sanusi Bagi ‘Hint’ Dakwa TMJ Kawal Liga Malaysia, Tunku Ismail Cabar Bagi Semua Bukti