in

“Bau tak menyenangkan, warna luar biasa…” – KKM Sahkan Sos Pasta Carbonara Prego Ditarik Balik Dari Pasaran

f2 spcp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa sos pasta Carbonara cendawan jenama Prego buatan Malaysia telah ditarik balik daripada pasaran kerana ada kerosakan pada produk.

Sebelum ini, kecoh dengan berita bahawa Agensi Makanan Singapura (SFA) mengatakan sos pasta carbonara jenama tersebut yang telah diimport ke Singapura telah ditarik balik.


7 1 1

Ini kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah pada sos tersebut.

Namun, anda tak perlu risau, produk yang terlibat dengan penarikan balik ialah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716.

Tarikh luput produk makanan berkenaan ialah pada 17 Ogos 2023 dan ia mempunyai kod masa 22:18 hingga 23:20.

6 1 1

Jadi, jika sos pasta Carbonara yang anda dah beli mempunyai tarikh luput, nombor batch dan kod masa yang sama, pastikan anda tidak memakannya.

Pihak KKM juga telah mengarahkan penjual untuk menghentikan jualan produk tersebut serta-merta.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid025XHQzNn57uW4exvtJnt4HDZDEmL8cJYPLvaNY1jLb8uEKnst6ALfaAEAGsQoAFyWl

 

Jika sos pasta Carbonara yang anda beli tak ada ciri-ciri tersebut, jangan risau, boleh makan macam biasa.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk tetap mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa sebelum makan sesuatu makanan agar kejadian keracunan makanan boleh dicegah.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca: “Kalau betul nak bagi, bagi masa tengah panas”- Pelajar Tahfiz Sering Terima ‘Sedekah’ Lauk Basi Lebihan Kenduri

4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.