in

Bas Sekolah Terbakar Di Thailand: Pemandu Ditahan Polis, Gagal Selamatkan Penumpang Ketika Bas Terbakar

Pemandu Bas Ditahan Thailand Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara jiran kita, Thailand kini diselubungi rasa sedih apabila satu kebakaran dahsyat berlaku melibatkan sebuah bas sekolah yang membawa 44 orang pelajar dan guru dalam satu lawatan sekolah, pada Selasa lalu.

Kejadian yang menyebabkan 23 orang maut itu telah membawa kepada penahanan seorang pemandu bas yang dikenali sebagai Saman Chanput.


Saman difahamkan telah menyerah diri pada petang Selasa selepas beberapa jam kebakaran itu berlaku.

61727910542 Thailandbusfire

Artikel berkaitan: “Ditemui sedang peluk pelajar” – Guru Antara Yang Terkorban Dalam Kebakaran Bas Sekolah Di Thailand

Artikel berkaitan: Isu Lesen Digital, Polis Thailand Beri Penjelasan Dalam Loghat Kelantan

Pemandu bas larikan diri kerana panik gagal padam kebakaran

Pihak polis Thailand memaklumkan mereka telah mendakwa pemandu itu atas kesalahan gagal untuk berhenti menyelamatkan penumpang dan gagal melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Menurut CNN, pemandu bas itu memaklumkan kepada penyiasat bahawa pada awalnya dia memandu seperti biasa sehingga bas itu tiba-tiba hilang keseimbangan di tayar kanan hadapan yang menyebabkan ia melanggar kenderaan lain.

Bas itu kemudian telah melanggar penghadang konkrit di lebuh raya yang menyebabkan percikkan api hingga berlakunya kebakaran.

2830606

Susulan itu, pemandu bas berkenaan telah lari mendapatkan alat pemadam api daripada bas yang turut terlibat dalam lawatan tersebut. Walau bagaimanapun, dia gagal memadamkan kebakaran dan melarikan diri akibat panik.

Setakat ini, difahamkan pihak polis Thailand sedang menjalankan siasatan sama ada syarikat bas itu mematuhi segala standard keselamatan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, syarikat bas tersebut memaklumkan bahawa mereka akan memberi pampasan buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Sumber: CNN World

Sumber: Astro Awani
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.