Pernah lihat kebakaran berlaku di stesen minyak? Walaupun jarang berlaku, ada beberapa perkara yang pemandu kena take note jika sedang mengisi minyak di petrol pump.
Antara yang paling biasa kita dengar seperti matikan enjin, jangan main telefon dan dilarang menghisap rokok di stesen minyak.
Namun baru-baru ini, tular satu video di Twitter yang memaparkan sebuah kereta terbakar ketika pemiliknya sedang mengisi minyak. Menurut pemilik tweet, ia katanya berpunca daripada keadaan enjin yang dihidupkan ketika sedang mengisi minyak.
Contoh terbaik kenapa enjin kereta perlu dimatikan sebelum mengisi minyak. pic.twitter.com/P9YUZ1SwqV
— @Tok_Tek (@Tok_Tek) February 21, 2022
Tapi betul ke kereta terbakar sebab isi minyak masa enjin tak dimatikan?
“Bukan sebab mati enjin ke tak. Pintu tu main peranan”
Tweet tersebut walau bagaimanapun telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang menjelaskan ia bukan disebabkan enjin yang tidak dimatikan.
Jika diperhatikan video tersebut, kereta dilihat mula disambar api selepas seorang budak menutup pintu kereta itu.
Menurut beberapa netizen, semasa mengisi minyak kereta, sebaiknya pintu kereta jangan dibuka dan tutup berkali-kali kerana bimbang ia akan menghasilkan elektrostatik. Perkara ini boleh menyebabkan kebakaran kepada kereta. Oh gitu baru admin tahu!
Tak cukup dengan itu, ada juga yang menasihatkan supaya pengguna jangan bermain phone dan sentuh kereta sebelum mengisi minyak untuk nyahkan cas dalam badan.
Walau bagaimanapun, seorang jurutera di Twitter sebelum ini ada menjelaskan bahawa mematikan enjin sewaktu isi minyak itu mempunyai risiko yang tinggi berlakunya kebakaran. Namun kemungkinan perkara ini akan berlaku agak rendah.
Menurutnya juga, ada beberapa faktor lain yang menyebabkan enjin dimatikan ini diwajibkan ketika mengisi minyak.
Antaranya ialah kehilangan fokus ketika mengisi minyak, tertarik hos & nozzle bila enjin menyala dan kebarangkalian penjenayah mencuri kereta yang tinggi.
Rumit saya nak susun ayat untuk jawab soalan ni. Sebabnya hal matikan enjin sewaktu isi minyak ni berkait dengan risiko & kebarangkalian (probability).
Risiko untuk berlaku kebakarannya tinggi, tapi kemungkinannya rendah.
Akan tetapi ia juga diwajibkan atas sebab lain. … https://t.co/sWg2cv6CqX
— Aid Fawzal (@AidFawzal) November 18, 2021
So apa-apapun sebaiknya korang ikut sahaja peraturan mematikan enjin kereta tu ketika isi minyak. Lebih baik berhati-hati daripada mendedahkan diri dengan risiko kebakaran.
Baca: VIRAL Mangsa Kemalangan Terbakar Satu Badan Berjalan Keluar Dari Kereta, Rupa-rupanya…