Baru seminggu yang lepas, kekasih kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya memeluk agama Islam, semalam wanita ini mendedahkan yang dia telah menerima teguran daripada netizen berkenaan penampilannya yang tidak menutup aurat.
Menurut Maiya atau nama Islamnya, Liana Alana, dia telah menerima mesej daripada netizen yang memintanya untuk menutup kepala kerana dia kini beragama Islam dan tidak boleh mendedahkan aurat.

Baru seminggu masuk Islam dan nampaknya orang dah mengharapkan saya ‘upgrade’ dan lengkap sepenuhnya, versi 100%,” tulisnya di Threads.
Artikel berkaitan: “Welcome to Islam” – Ben Amir Kongsi Momen Kekasih Peluk Islam
Artikel berkaitan: “Aku bersyukur aku tak jual agamaku demi duit dan content” – Status Ben Amir Raih Sokongan Netizen
Hantaran yang dimuat naik Maiya telah menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta agar wanita ini tidak melayan mesej-mesej yang memberi aura negatif buatnya.
Malah ada juga yang meminta Maiya untuk berhijrah secara perlahan-lahan dan terus istiqamah dalam menjadi seorang muslim. 
Terdahulu, Maiya telah ditemani Ben Amir atau nama penuhnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk melafaz dua kalimah syahadah.
