Orang yang tak pakai cermin mata memang tak akan tahu struggle orang yang kena pakai cermin mata ni. Kadang-kadang tu, nak nampak make-up punya pasal sampai kena pakai contact lens setiap kali nak keluar rumah.
Disebabkan ini, seorang gadis telah kongsikan beberapa cara dekat mana nak letakkan solekan supaya lebih sesuai untuk orang yang pakai cermin mata dan make-up tak dilindungi dengan frame spek.
Dalam video ni, korang boleh tengok gadis ni ada kongsikan cara solek untuk tiga jenis cermin mata.
@stxph.h I’ve been wearing glasses for over 10 years and these @JINS Eyewear glasses are one of the most comfortable, lightweight ones I’ve tried! #sponsored #jinseyewear #jinsxigari #makeupforglasses #makeuptips #makeuphackseveryday
Yang pertama, kalau korang pakai cermin mata dengan frame yang besar, korang boleh letakkan eye shadow dekat bawah mata berbanding dekat atas. Barulah nampak kan?
Kedua, kalau cermin mata korang jenis besi yang nipis, korang buat wing liner guna eye shadow dekat bawah mata dan letakkan blusher dekat pipi bawah mata dan hidung dan pakai lipstick yang gelap. Confirm menyerlah!
Last sekali, kalau korang pakai cermin mata dengan frame yang bulat dan gelap, korang letakkan blusher dekat sekeliling mata dan shimmer eye shadow dekat bawah mata. Fuh cun habisss
Haa siapa yang pakai spec tu bolehlah ikut tips ni. Barulah semangat sikit kan nak keluar pakai make-up?
Baca: Pemandu Di UK Boleh Kena Saman RM 5,487 Kalau Cermin Mata Berwap Masa Pakai Mask