in

“Baru sangat berjumpa” – Ada Yang Terpaksa Papah Waris, Suasana Hiba Menyelubungi Hospital Melaka

ft waris nahas ayer keroh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka sebaik sahaja ahli keluarga mangsa kemalangan maut membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini.

Selain daripada tangisan, ada juga yang terpaksa dipapah ahli keluarga masing-masing kerana gagal membendung kesedihan.


Artikel berkaitan : Nahas 3 Kenderaan Di Ayer Keroh: Ibu Bapa Sempat Buat Sambutan Hari Lahir Untuk 3 Anak Secara Serentak

Artikel berkaitan : 7 Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan, Tayar Lori Tercabut Jadi Punca Kemalangan

Tinjauan Sinar Harian mendapati keluarga waris lima penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang terlibat kemalangan itu antara yang pertama tiba iaitu sekitar jam 2 pagi tadi.

Salah seorang waris yang mahu dikenali sebagai Syed, 61, dari Sungai Udang berkata, dia bergegas ke hospital selepas mengetahui berita anak saudaranya, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan isteri, Fadzlenna Ramli, 32, serta anak bongsu, Muhammad Umar dua tahun maut dalam kemalangan itu.

2939804

“Saya baharu berjumpa mereka sekeluarga pada majlis perkahwinan sepupu Khairul Ikhwan di Cyberjaya Sabtu lalu.”

“Kejadian ini amat menyedihkan kami semua, apatah lagi saya masih terbayang-bayang keletah anak bongsunya. Maklumlah baru sangat berjumpa, tapi ini semua ketentuan ALLAH. Saya difahamkan mereka dalam perjalanan pulang dari Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi waris yang dikenali sebagai Pak Jat berkata, dia bersyukur anak saudaranya, Mohamad Syafiq Mohd Zuki, 27, yang memandu treler terselamat dalam kemalangan terbabit.

2939806

Jelasnya, mangsa sekarang mangsa kini sedang dirawat di Zon Kuning dan mengalami patah paha akibat tersepit dalam treler yang remuk.

Katanya, mangsa tidak boleh buat apa-apa kerana bas terbabas dan merempuh treler dipandunya bersama rakan kelindan.

2939805

“Dia dalam perjalanan dari Skudai selepas hantar buah-buahan dan bawa balik muatan pakaian bundle.”

Seramai tujuh orang maut termasuk bayi lelaki dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di lokasi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu melibatkan sebuah bas persiaran, treler membawa muatan guni pakaian bundle, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga serta dua lagi kenderaan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.