Petang semalam, ada satu khabar berita yang menggemparkan industri hiburan apabila kita dikejutkan dengan berita pengarah kontroversi, Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya Ira Kazar.
Malah, perkara itu disahkan sendiri oleh peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul Yusof. Difahamkan, ia berpunca daripada tiada persefahaman antara mereka berdua.
Artikel berkaitan : Syamsul Yusof Didakwa Failkan Perceraian Terhadap Ira Kazar Hari Ini
Artikel berkaitan : “Allahuakbar, saya tidak tahu” – Sudah Lama Tidak Berhubung, Yusof Haslam Enggan Ulas Isu Syamsul Bercerai
Susulan dengan berita tersebut, menjengah ke profil Instagram Ira Kazar, ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata semangat netizen buat anak pelakon Kazar Saisi itu. Bahkan ada netizen memerhatikan bahawa tiada cincin kelihatan di jari Ira Kazar.
Untuk rekod, pernah timbul satu spekulasi mengenai pernikahan Syamsul Yusof dengan Ira Kazar bagaimanapun pada 6 Januari 2023, Syamsul yang pada ketika itu masih lagi suami kepada pelakon Puteri Sarah mengakui sudah menikahi Ira di Thailand.
Syamsul dan Puteri Sarah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Namun begitu, Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai pada Jun tahun lepas.
Sumber : Astro Awani, Instagram