Siapa je tak terkilan bila juadah yang dibeli di bazar Ramadan menjadi basi dan rosak. Lagi sedih kalau kita dah lama teringin nak makan juadah tersebut.
Satu lagi kes makanan bazar Ramadan yang didakwa sudah rosak telah tular di media sosial. Hantaran video yang dimuat naik oleh @ConfessionLocal di laman X telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Baru nak makan nasi ayam tu
Dalam video itu, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa kerana set nasi ayam yang dibeli telah pun rosak. Belum sempat nasi itu dijamah, dia memegang tekstur nasi ayam itu dan mendakwa ianya sudah berlendir dan basi.
Artikel berkaitan: Netizen Geram Peniaga Bazar Ramadan Aniaya Pelanggan, Pulut Panggang Didakwa Keras Macam Kayu
Artikel berkaitan: “Korang ni meniaga macam mana” – Lelaki Patah Gigi Makan Popia Goreng Keras
Wanita itu juga berasa kesal dengan peniaga nasi ayam itu tidak menjaga kualiti makanan yang dijual untuk pelanggan yang berpuasa.
Sumpahlah.. baru nak makan nasinya.. berlendir weh. Asal kau meniaga macam ni? Terkilan!
Kalau tak ikhlas jangan la niaga, kesian dekat orang. Benda macam ni boleh buat orang sakit weh.🤬 pic.twitter.com/ZaWw4gNI9f
— Local Confessions (@ConfessionLocal) March 13, 2024
“Kalau tak ikhlas jangan la niaga”
Di ruangan balas dalam hantaran itu, ramai netizen turut terkilan nasib yang menimpa wanita itu. Ada yang mendakwa nasi itu mungkin disimpan dalam peti sejuk dan kemudian dipanaskan untuk jualan keesokan hari.
Ada juga yang bercerita pengalamannya membeli nasi beriani di bazar Ramadan.
Selain itu, seorang individu di X berkongsi info daripada Sinar Harian berkaitan kod QR yang perlu diimbas oleh pengguna yang teraniaya. Katanya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau kualiti makanan yang dijual di bazar Ramadan.
Sedihnya.. baru nak makan sekali basi…
Sumber: X, Sinar Harian