Sebuah cerita menyayat hati berlaku semalam di mana seorang imam meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan.
Lebih menyedihkan, imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Perak iaitu Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain itu baru sahaja selesai melawat isterinya yang baru selamat bersalin di Hospital Seri Manjung.
Artikel berkaitan: Kisah Tragis Pesawat Aeroloft 593 Yang Terhempas Lepas Pilot Bagi Anak Melawat Kokpit
Artikel berkaitan: Budak 10 Tahun Pandu Kereta Bawa Anak Jiran Terlibat Kemalangan, 2 Kereta Dirempuh
Kemalangan itu berlaku selepas Perodua Kembara yang dipandunya terbabas di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan.
Difahamkan, selepas melawat isterinya di hospital, Allahyarham meneruskan perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menjemput anak yang lain di sekolah.
Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham juga adalah Guru Takmir Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seri Iskandar.
Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang.
“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi menyelamat yang disertai lapan anggota bomba itu ditamatkan jam 5.37 petang.
Sumber: Harian Metro