in

Baru 20 Minit Diikat Jamin, Pemandu Lori Langgar Anggota FRU Ditahan Semula Sebab Kes Curi Lembu

ft pemandu lori langgar FRU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sampai sejam diikat jamin, pemandu lori muatan batu yang berdepan dengan peruduhan memandu secara bahaya sampai menyebabkan kematian 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalau, ditahan semula sebentar tadi.

Suspek, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45 telah ditahan semua ketika sedang berada di pejabat kaunter pembayaran jamin oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.


Artikel berkaitan : Nahas FRU: Tiada Saksi Tampil Sahkan Dakwaan Lori Cuba Elak Kenderaan Keluar Dari Simpang

Artikel berkaitan : Nahas FRU: Pemandu Lori Ada 6 Rekod Jenayah Lampau, Pernah Terlibat Jenayah R*gol

Screenshot 2025 05 19 152938

Dia tilah ditahan kira-kira dalam 20 minit selepas diikat jamin pada jjam 12 tengah hari. Menurut sumber, proses membayat ikat jamin yang berjumlah RM6,000 itu dibuat oleh majikannya yang dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampung lelaki itu dikenali sebagai Roslan, 62.

Mereka membayar jaminan yang berjumlah RM 4,000 ddan RM 2,000. Penanhanan semula lelaki itu bertujuan bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.

Screenshot 2025 05 19 152745

Jumaat lepas, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas 9 pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu lori secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kepada S. Perumal, 44; Mohd. Roslan Abdul Rahim, 46; Mohd. Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34, dan Amiruddin Zabri, 38.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.