in

Bapa Tukar Status Jadi ‘Perempuan’ Secara Sah Untuk Menang Hak Penjagaan Anak

3lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa di Ecuador secara sah telah menukar jantinanya dalam usaha untuk mendapatkan hak penjagaan dua anak perempuannya susulan perpisahan isterinya.

Screenshot 2023 01 08 at 3.55.59 PM

René Salinas Ramos kini disenaraikan sebagai seorang wanita dalam dokumen rasmi di negara asalnya walaupun pada hakikatnya dia masih menjalani kehidupan sebagai lelaki sehariannya. Bapa yang terdesak itu mendakwa dia membuat keputusan drastik itu berikutan sistem keadilan di Ecuador yang kebiasaannya memberi kelebihan kepada ibu dalam kes jagaan anak selepas penceraian.


Screenshot 2023 01 08 at 3.54.51 PM

Bapa berusia 47 tahun itu memberitahu sumber dari New York Post, beliau ingin memberi kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya. Ramos juga mendakwa bahawa anak perempuannya kini hidup dalam persekitaran yang kasar dengan ibu mereka dan mendakwa dia tidak melihat anak-anaknya sejak lebih lima bulan yang lalu.

Screenshot 2023 01 08 at 3.54.43 PM

“Undang-undang mengatakan bahawa yang berhak ialah wanita. Buat masa ini, saya perempuan.

Walau bagaimanapun, tindakan Ramos ini telah menimbulkan kemarahan aktivis di seluruh negara yang berjuang keras untuk mengubah undang-undang untuk warga trans tulen. Persekutuan Pertubuhan LGBTI Ecuador mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan “pelik” Ramos untuk menukar jantina secara sah dari lelaki kepada perempuan.

Screenshot 2023 01 08 at 3.55.31 PM

Ramos menjadi kes pertama yang dilaporkan di Ecuador mengenai seorang lelaki yang mengambil kesempatan daripada undang-undang pertukaran jantina dalam cubaan untuk memberi dirinya kelebihan dalam prosiding mahkamah.

 

Baca: Tular Kisah Bu Eny & Tiko Sanggup Duduk Di Rumah Terbengkalai Demi Jaga Emak Sakit Mental

Screenshot 2023 01 08 at 3.59.04 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.