in

“Bapa terlantar sakit & terputus belanja” – Viral Video Kanak-Kanak Curi Tabung Masjid Diarak, Leher Diikat Seperti Lembu

Ft Ikatleher

Video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun diikat di lehernya dan diseret oleh seorang lelaki yang memegang tali tersebut viral di media sosial. Kejadian itu berlaku di Desa Ceumpeudak, Tanah Jambo Aye, Aceh Utara dan difahamkan, kanak-kanak terbabit didapati telah mencuri tabung derma sebuah masjid pada Rabu lepas.

Menurut Detik, kanak-kanak itu diarak seperti haiwan ternakan sebanyak beberapa langkah dan boleh didengari beberapa orang meminta agar lelaki dewasa itu melepaskan tali nilon di lehernya.

Selepas siasatan dilakukan, Polis Tanah Jambo Aye, Ahmad Yani berkata kanak-kanak itu sebenarnya terpaksa mencuri kerana mahu membeli makanan. Bapanya kini terlantar sakit dan dia sendiri terputus belanja untuk membeli makanan buat dirinya.

Bocah1

Disebabkan kelaparan, dia membuat keputusan untuk mencuri wang derma dari sebuah masjid di kampung terbabit. Kejadian tersebut kemudian diketahui bapa saudaranya yang dilaporkan telah membayar semula wang berjumlah 1.5juta Rupiah (RM 434.44) yang diambil anak saudaranya itu.

Keluarga kanak-kanak itu pula dikatakan tidak mahu memanjangkan isu terhadap lelaki dewasa yang mengasarinya. Dalam pada itu, lelaki bernama Bakhtiar dilaporkan turut tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah video kerana memperlakukan remaja terbabit sedemikian.

Dan pada saat tersebut saya ada melilit tali di leher (pelaku). Itu hanya sekadar syok terapi untuk anak tersebut. Atas tindakan tersebut saya meminta maaf apabila ada yang merasa keberatan.”

 

Tiada tindakan lanjut diambil memandangkan ianya sudah diselesaikan secara dalaman antara keluarga kanak-kanak  itu dan Bakhtiar. Begitu juga antara kanak-kanak itu dan pihak masjid.

Baca: “Kena cengkam leher” – [VIDEO] Nenek Kelaparan Tiada Duit Cuba Ragut RM28 Tapi Ditangkap & Dikasari Orang Awam

Ft Nenekcopet