Pernah tak korang terfikir macam mana design ataupun pemilihan visual sesetengah kotak produk jualan dibuat? Mestilah kena sampai maknanya dengan gambar yang ditunjukkan di bahagian depan packaging kan…
Walau bagaimanapun, ada beberapa produk yang perlu ditapis gambar di bahagian kotaknya supaya tak menimbulkan salah faham di kalangan kanak-kanak di bawah umur sehingga menjurus kepada gejala sosial.
Pun begitu, baru-baru tular di media sosial walaupun posting asalnya di Instagram telah pun dimuat naik lebih seminggu yang lalu apabila seorang kanak-kanak lelaki mahukan ‘lolipop’ berperisa coklat dari ayahnya.
Apa yang buatkan bapanya terdiam dan terkedu adalah ‘lolipop’ yang diminta dari anak lelakinya itu merupakan kondom berjenama popular gara-gara gambar di kotak yang memaparkan gula-gula berperisa coklat untuk menggambarkan produk itu sendiri.
“Ni gula-gula orang dewasa punya…”
Perkongsian video itu telah mendapat lebih dari 3.6 juta tontonan dan juga 230K likes setakat ini rata-rata mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang turut sama ‘tepuk dahi’ apabila melihat permintaan kanak-kanak itu.
“Tak jadi nak marah. Sebab adik ni sendiri clueless, dia tahu nak lolipop je. Alahai, terbahak aku tengok” – Komen netizen
Tapi, korang semua jangan salah faham pula, dikatakan tujuan pemilik akaun memuat naik video itu di akaun media sosialnya adalah untuk meminta agar pihak berkenaan dapat meneliti semula gambar yang sesuai supaya tak menimbulkan kekeliruan.
Ghisau lah min baca komen korang ni semua. Tachod!
Baca: “Maaf atas kesilapan kawan saya” – Pengantin Tak Ambil Hati Isu Dapat Hadiah Kondom