Hidup sebagai seorang nelayan semestinya bukan kerja yang mudah. Apatah lagi setiap hari perlu turun ke laut untuk mencari rezeki dan berdepan dengan pelbagai risiko.
Semalam tular di media sosial satu video yang merakamkan kejadian seorang lelaki di tengah laut sedang berpaut pada pelampung.
Video yang dikongsikan di Facebook Mohd Sofi itu dilihat sekumpulan nelayan menjumpai seorang lelaki yang terkapai-kapai meminta bantuan.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3084315145008210&id=100002892654627
Terapung lebih 6 jam, bapa lemas dan tenggelam
Kejadian yang berlaku di kawasan perairan Batu Laut, Banting itu dikatakan mangsa bersama bapanya telah hanyut dibawa ombak apabila bot milik mereka karam.
Mangsa dipercayai telah berpaut pada pelampung selama lebih 6 jam sejak botnya karam pada jam 10 pagi dan kemudiannya ditemui oleh nelayan lain pada jam 4.50 petang.
Ketika proses menyelamatkan mangsa, suasana cemas terus bertukar sedih apabila mangsa memberitahu bapanya telah lemas dan tenggelam dibawa arus.
“Bapa saya dah tenggelam encik”
Setibanya di jeti Batu Laut, mangsa telah dibawa oleh ambulan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga diberi kesihatan, tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan.
Baca: Bapa Berkeras Nak Redah Banjir Guna Kereta Sebelum Anak-anak & Isteri Lemas ‘Ditelan’ Arus Deras