Tugas sebagai seorang ayah sering digambarkan dengan tugas-tugas yang besar dan bertanggungjawab seperti mencari nafkah keluarga, memimpin dan yang paling utama melindungi keluarga dari sebarang bahaya.
Namun malangnya bagi dua beradik dari Johor ini, nasib mereka tidak begitu baik kerana mereka terpaksa menjadi mangsa nafsu serakah ayah tiri sendiri.
Menurut Sinar Harian, Khairul Azwan Ismail telah berkahwin dengan janda anak tiga pada pertengahan tahun lepas. Isterinya yang tua dua tahun darinya itu sudah pun mempunyai tiga orang anak berusia 11, 7 dan 4 tahun ketika itu.
Dikatakan Khairul mula membuat perbuatan terkutuk itu terhadap dua anak tirinya tidak lama selepas pernikahannya kira-kira dari bulan April tahun lepas sehinggalah bulan ini. Kejam!
Semasa mengambil keterangan mangsa, kanak-kanak tersebut menceritakan insiden di mana mereka telah diliwat dan dicabul di kawasan yang berbeza ketika ibu mereka tiada.
Khairul yang bekerja sebagai penjaga kolam telah mencabul anak tiri lelaki yang berusia 7 tahun di kawasan berdekatan dengan tempat kerjanya iaitu di tepi kolam udang, Mersing, Johor.
Lelaki tersebut telah membawa anaknya ke situ kira kira dari jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam, antara 17 April hingga 12 Julai lalu dan memasukkan jarinya ke dalam dubur budak itu untuk memuaskan nafsunya. Euww!
Bukan itu sahaja, dia juga telah merogol dan melakukan seks di luar tabii sebanyak 3 kali terhadap seorang lagi anak lelakinya yang berusia 11 tahun di kawasan yang berbeza.
Dia dilaporkan telah meliwat kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di Endau, dalam kereta di kawasan pantai Mersing, dan sebuah kilang di Mersing dari pukul 8.30 malam hingga 1 pagi .
Kini, lelaki tersebut telah pun ditahan polis dan akan didakwa mengikut Seksyen 377 (C) dan 377 (C) (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Apa nak jadi, anak tiri sendiri pun kau nak jadikan mangsa!
Baca : Guru Liwat Pelajar Tingkatan Dua Lebih 50 Kali di Kuarters Guru di Sarawak