in

Bapa Gigih Jual Baju Secara Livestream Di Hospital Sementara Tunggu Isteri Bersalin

ft bapa live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki kini sedang menjadi tumpuan netizen dan meraih pujian ramai setelah tular videonya menjual pakaian menerusi sesi livestream di hospital sementara menunggu isterinya bersalin.

Rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu memperlihatkan lelaki dari Thailand itu melakukan ‘kerjanya’ di kawasan menunggu. Dia dihujani pujian kerana rajin mencari rezeki tanpa kira masa.


Artikel berkaitan : Ibu Bapa Jangan Paksa Anak Berpuasa, UAI Kongsi Cara Islam Didik Anak

Artikel berkaitan : Ibu Bapa & Murid Tergamam, Lori Hilang Kawalan Rempuh 13 Kenderaan Depan Sekolah

“Sangat mengagumi pemuda ini! Dia bersiaran langsung menjual pakaian sementara menunggu isterinya bersalin. Suami yang luar biasa!”

Malah menerusi ruangan kapsyen, pemilik video tersebut tetap memuji kesungguhan lelaki ini dan sangat memberikan inspirasi.

“Anda hebat, tuan! Benar-benar mengagumi anda dari lubuk hati saya dengan penuh hormat.”

@sueayai2012

นายสุดยอดมาก 👍🏻 ชื่นชมจากใจด้วจิตคาราวะ (ขออนุญาตน้องในคลิปด้วยนะครับ) #fyp #สุดยอด #สู้ชีวิต #เก่งมาก

♬ เสียงต้นฉบับ – 🍊 ส้มจุก ไง 🍊 – 🍊 ส้มจุก ไง 🍊

Video yang telah meraih sebanyak 2.9 juta jumlah tontonan itu turut menambat hati netizen yang melihatnya. Menurut mereka, lelaki ini berusaha keras untuk raih pendapatan memandangkan keluarga semkain berkembang, disebabkan itu, ramai yang memberi sokongan moral buat pemuda tersebut.

Screenshot 2025 03 07 114609
Terjemahan : “Sangat bagus! Wanita itu sangat bertuah kerana mempunyai lelaki yang begitu baik.”
Screenshot 2025 03 07 114830
Terjemahan : “Dia sesuai dengan perkataan ‘ayah dan suami yang baik’. Saya mengagumi  lelaki yang duduk dan mengawasi isterinya di hadapan bilik bersalin, tidak pernah meninggalkannya dan kemudian, bila melihat video hebat ini. Saya percaya dia seorang ayah dan suami yang baik.”
bapa live
Terjemahan : “Saya menangis. Mereka yang berjuang tanpa sebarang alasan adalah mereka yang memenangi setiap halangan. Saya menyokong awak!”
bapa live 2
Terjemahan : “Seorang bapa yang hebat. Apabila anak anda dewasa, mereka akan tahu bahawa bapa mereka sangat baik dan bekerja keras untuk mereka.”

Semoga apa yang dia buat ini akan membuah hasil kelak, mudah-mudahan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.