Umum mengetahui bayi sangat fragile dan sangat mudah cedera. Terbaru, seorang bapa mendakwa bayi perempuannya terjatuh sewaktu berusia dua hari akibat kecuaian pengurusan sebuah hospital di bandar raya ini.
Dalam laporan Kosmo!, Muhammad Syarifuddin Manan, 24 mendakwa, anak sulungnya yang kini berusia 41 hari sering mengalami sawan susulan insiden yang berlaku pada 17 November lalu.
Artikel berkaitan: Dengar Tangisan, Bayi Lelaki Berbalut Kain Ditemui Di Kawasan Semak Oleh AJK Surau
Artikel berkaitan: Pernah Tular Bayi Naik Motor Pakai Alat Bantuan Pernafasan, Bapa Tetap Bekerja Walaupun Dapat Sumbangan RM 100K
“Anak saya terjatuh dari katil bayi ketika ingin dipindahkan ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan jaundis (demam kuning).
Dia dilahirkan normal dengan berat 3.3 kilogram (kg) namun setelah terjatuh, kesihatannya sering terganggu akibat kecederaan pada bahagian kepala,” dakwanya.
Peniaga tersebut yang ditemani peguam, Mohd. Hazwan Hamidun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung insiden menimpa bayinya itu.
“Saya dan isteri juga tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi pihak hospital apatah lagi kami tidak dibenarkan untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk melihat sendiri insiden tersebut dengan lebih jelas,” dakwanya lagi.
Dia juga mendakwa bayi perempuannya sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat sawan selepas insiden berkenaan.
Sumber: Kosmo!