in

“Bapa dakwa anak-anaknya telah diislamkan tapi tiada rekod”- Status Agama 2 Beradik Yang Maut Sedang Dikenal Pasti

dua beradik lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara dikejutkan dengan kejadian dua orang beradik, masing-masing berusia lapan dan enam tahun yang maut akibat lemas selepas kereta yang dinaiki bersama bapa dan teman wanita bapa terjatuh ke dalam sungai di Negeri Sembilan pada Khamis lalu.

Kes tersebut telah menjadi perhatian ramai apabila bapa mangsa dan seorang wanita yang dipercayai teman wanita bapa telah ditahan polis susulan keterangan yang diberikan oleh mereka meragukan.


dua beradik maut kereta dinaiki tergelongsor ke dalam sungai

Terkini, status agama kedua-dua beradik yang maut itu kini sedang dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan kerana nama yang tertera pada dokumen peribadi kedua-dua beradik itu adalah nama orang Cina.

Namun, menurut suspek iaitu bapa mangsa pula, kedua-dua anaknya itu telah diislamkan di negeri Kelantan namun semakan dengan pihak Jabatan Agama Islam Kelantan pula mendapati tiada rekod dijumpai, lapor Sinar Harian.

Artikel berkaitan: Kes Dua Beradik Lemas: Bedah Siasat Belum Dibuat, Suasana Luar Bilik Mayat Lengang

Artikel berkaitan: Beri Keterangan Meragukan, Ibu Bapa Dua Beradik Lemas Ditahan Polis

Semakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan juga tidak menjumpai rekod bahawa kedua-dua kanak-kanak itu beragama Islam.

Menurut pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pihak mereka bergantung pada pengakuan bapa kedua beradik itu mengenai pengislaman mangsa.

Bapa mangsa juga diminta untuk membuat pengakuan secara bertulis kepada polis mengenai pengislaman anak-anaknya itu.

Apabila status agama kedua-dua kanak-kanak itu disahkan Islam, jenazah mangsa akan segera diuruskan mengikut pengebumian agama Islam.

Media pada Jumaat semalam melaporkan Unit Forensik Hospital Port Dickson lengang kerana tiada waris atau ahli keluarga mangsa yang hadir untuk menuntut jenazah kedua-dua beradik tersebut.

Sumber:: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.