Baru-baru ini, telah tular sebuah video yang memaparkan pelakon, Nad Zainal serta suami, Ungku Ismail sedang berjalan di deretan beberapa booth jualan di Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023).
Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang menuduh pasangan suami isteri tersebut berkelakuan sombong dan acuh tidak acuh apabila disapa oleh peminat mereka yang berada di sana.
@herlaianbabes Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah 🥰 #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fypシ #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp
Susulan dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen, Ungku Ismail telah meluahkan rasa syukur apabila dia dapat mengumpul pahala selepas video tersebut menjadi bualan warganet.
Dia telah berkongsi mengenai perkara berkenaan melalui sebuah Instastory miliknya pada petang Selasa.
“Alhamdulillah, banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan, amalan sejak malam semalam.”
“Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. Subhaanallah,” katanya.
Pada masa yang sama, Ungku Ismail turut menganggap kejadian tersebut sebagai satu ujian untuk dia dan isterinya lagi-lagi ketika umat Islam sedang menyambut kemuliaan bulan ini.
Tambahnya lagi, kebenaran hanya akan terbukti di akhirat kelak tanpa perlu dia mempertahankan dirinya sendiri.
“Yang muat naik, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Masyar itu benar. Kita sabar, nantikan. Sabar baby, ujian Ramadan Nad Zainal,” kongsinya.
https://www.instagram.com/p/Cq5ZRmqsF0v/?hl=en
Haa ini tulah harap netizen lepas ni tak buat spekulasi sebelum bertanya kepada tuan badan sendiri…
Baca : Ramai Peminat Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Sah Sudah Bernikah