in

“Banyak kali dah minum ni” – Netizen Berbalah Isu Status Halal Air Berkarbonat?

bundaberg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat Islam, segala makanan dan minuman haruslah mengikut status halal seperti yang difardhukan.

Baru-baru ini tular pula isu status halal air berkarbonat yang terkenal dan banyak dijual di kedai-kedai serbaneka serta supermarket iaitu air berjenama Bundaberg.


Air Bundaberg ini merupakan jus buah-buahan yang diseduh dengan air berkarbonat bukan seperti air karbonat yang biasa, ia mempunyai pelbagai perisa termasuklah lemon, limau serta perisa buah markisa.

Produk yang berasal dari Australia ini kian tular di media sosial Twitter apabila terdapat sebuah kedai yang melabelkan produk itu tidak halal.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1632719519918727170?s=20

Tweet yang dikongsikan oleh akaun Twitter Jabatan Netizen Malaysia itu menimbulkan perbincangan di antara netizen kerana ramai yang berpendapat minuman tersebut boleh diminum kerana tiada kandungan alkohol yang boleh menyebabkan mabuk.

cats 17

‘Perbincangan’ ini menjadi lebih hangat kerana produk minuman tersebut tiada tanda halal, disebabkan itu ramai yang masih mempersoalkan status halalnya.

Ada juga netizen yang berkata minuman ini haram diminum kerana proses pembuatannya sama seperti pembuatan arak.

cats 16

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada penjelasan daripada mana-mana pihak rasmi berkaitan status halal produk tersebut.

Baca: Individu Berserban Masak Siput Babi, Netizen Persoal Halal Atau Tidak

Ft Chef Abu Dhabiu Masak Siput Babi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.