Tarikh 1 Oktober menjadi satu titik hitam dalam kalangan rakyat Indonesia serta pencinta sukan bola sepak di seluruh dunia.
Tragedi Kanjuruhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang mengorbankan lebih ratusan nyawa itu dikatakan berpunca daripada rusuhan yang berlaku di stadium berkenaan ketika perlawanan di antara kelab Arema dan Persebaya.
Sebuah laporan oleh Kompas, menceritakan pengalaman seorang saksi yang melihat sendiri insiden berdarah tersebut.
Dewi Nurhayati yang merupakan seorang pelajar universiti berada di situ untuk menyokong pasukan kegemarannya Arema, dia memberitahu dia duduk di tribun 3 stadium tersebut dan pintu pagar stadium tersebut masih ditutup walaupun perlawanan telah tamat.
Dia yang berada di dalam ketakutan tidak berani untuk turun keluar dari stadium itu dan bersesak-sesak apabila pihak berkuasa mula melepaskan gas pemedih mata.
Pun begitu, Dewi berasa lega kerana di kawasan tribun 3, pihak berkuasa tidak melepaskan gas pemedih mata sebanyak mana di tribun 13.
“Nampak ramai yang bergelimpangan di tangga…”
Ketika berada di dalam stadium, Dewi turut berasa sakit mata dan sedikit sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan, apabila pintu sudah mula dibuka, dia dan rakan-rakannya memberanikan diri untuk keluar.
Seketika dia dalam sedang ingin keluar dari stadium tersebut, apa yang dilihatnya amat mengejutkan apabila ramai penyokong yang sudah bergelimpangan di tangga.
“Saya lihat depan mata saya sendiri ketika hendak keluar di pintu 3, agak ramai yang sudah terbaring di situ (tangga), ada seorang kanak-kanak kecil, perempuan saya tidak tahu sama ada dia pengsan atau bagaimana keadaannya, saya teruskan berjalan kaki, menangis dan sedih,” kata Dewi.
Setelah berjaya meloloskan diri daripada kekacauan itu, Dewi mengaku dia tidak berdaya untuk membantu mereka yang sedang terbaring di situ kerana dia hanya fikir untuk menyelamatkan dirinya sendiri.
“Saya tidak berani membantu, ketika itu apa yang ada dalam fikiran saya ialah bagaimana saya menyelamatkan diri, kerana ketika itu masih ada tembakan di dalam stadium.” katanya lagi.
Sehingga lebih kurang jam 2 pagi dia dan beberapa orang rakannya dapat berkumpul dan pulang ke Cepu, Blora dengan selamat.
Salam takziah buat keluarga yang kehilangan…
Baca: Menyayat Hati… Puluhan Mayat Mangsa Tragedi Rusuhan Stadium Kanjuruhan Masih Belum Dituntut Waris