in

“Banyak belajar dari dia” – Rakan Dedah Sifat Mulia ‘Rider’ Ducati, Selalu Kongsi Ilmu Permotoran

Ft Rakan Rider Ducati Dedah Sifat Mulia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak berita kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati yang maut di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) semalam, rata-rata warganet telah meluahkan rasa simpati terhadap penunggang tersebut.

Difahamkan mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azadin, 64, mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang permotoran selain kerap menunggang bersama rakan-rakannya ketika mempunyai waktu terluang.


Screenshot 6 1

Salah seorang rakan mangsa, Mohd Said Mohd Shariff telah mendedahkan sifat keperibadian arwah melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya serta memberitahu bahawa arwah adalah individu yang menyenangkan dalam kalangan rakan-rakannya.

“Ramai yang mengenalinya terutama sahabat-sahabat riding. Beliau merupakan seorang sahabat yang cool malah saya menganggapnya sebagai seorang abang dan menghormatinya.”

“Sekitar 2016-2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang,” tulisnya.

353794924 10161073258653856 5098516980037649293 N

Mohd Said juga telah menceritakan tentang keperibadian arwah yang selalu mementingkan agama dan dia sering solat berjemaah di masjid serta menyertai majlis ilmu serta mengaji setiap hari.

“Disudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunnah dan seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah saf depan pas miliknya, sentiasa lekat dimajlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya al-Quran setiap hari/pagi.”

“Kemana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik untuk berjemaah di masjid. Perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya aturan Allah terbaik untuknya,” katanya.

352665763 10161073072563856 6859311846758348004 N

Dalam pada itu, ada seorang pengguna Twitter juga memaklumkan bahawa Allahyarham Ahmad Fadzil merupakan seorang jemaahnya dan mereka sempat bertemu di masjid sehari sebelum kejadian.

Screenshot 8 1

Terdahulu, berita melaporkan sebuah kejadian kemalangan di Lebuhraya SUKE apabila mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus sebelum melanggar penghadang sebelah kiri jalan dan terhumban dari atas jejambat pada ketinggian lebih kurang 30 meter.

Al-Fatihah buat mangsa..

Sumber : Facebook, mStar, Kosmo!, Twitter

Baca : [VIDEO] Hampir Berlanggar, Abang Lori ‘Lembut Hati’ Lepas Rider Datang Minta Maaf

Abang Lori Lembut Hati Rider Minta Maaf 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.