in

“Bangunan cantik” – Tak Sangka, Bangunan Ala Disney Ada Di Malaysia

4Disney

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat filem animasi Disney di Malaysia tak perlu susah payah untuk bergerak ke Disneyland untuk merasai pengalaman dunia Disney.

Ada sebuah bandar yang diberi julukan Disneyland Malaysia terletak Perak boleh korang kunjungi. Bandar Agacia yang terletak di Kampar, Perak itu menampil bangunan-bangunan pelbagai warna yang cukup menyerlah.


Premis perniagaan di Bandar Agacia ini juga diberikan dengan nama-nama yang bertemakan Disney, seperti Nasi Lemak Disney dan lain-lain. Walau bagaimanapun, bandar itu kian suram dengan banyak premis perniagaan tidak beroperasi. Korang boleh tengok keadaan Disneyland Malaysia dalam video @superscarei di bawah.

 

Memetik laporan Astro Awani pada Jun lalu, Bandar Agacia ini pernah menjadi tarikan pelancong disebabkan warna dan struktur bangunan yang ceria serta menarik perhatian.

Pun begitu, kawasan ini masih mempunyai kedai makan dan pasar malam setiap hari Sabtu yang menyerikan bandar ini dari masa ke masa.

 

Baca: “Kenangan masa kecil” – Raja Azrey Tayang Lokasi Asal Blok 404, Netizen Imbau Memori Zaman VCD

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.