in

Bangunan 30 Tingkat Runtuh & 100 Maut, Taikun Pembinaan Thailand Serah Diri, Didakwa Langgar Peraturan

taikun pembinaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara insiden bangunan 30 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh dan meragut lebih 100 nyawa pada Mac lalu, taikun pembinaan terkenal Thailand, Premchai Karnasuta akhirnya tampil menyerah diri kepada polis bersama 14 individu lain yang didakwa terlibat.

Memetik laporan media luar negara, kesemua mereka disyaki ada kaitan dengan syarikat-syarikat yang mereka bentuk dan bina bangunan milik Pejabat Audit Negara di Bangkok itu.


Menurut Timbalan Komisioner Biro Polis Metropolitan, Noppasin Poonsawat, siasatan mendapati struktur bangunan yang tumbang selepas dilanda gempa bumi berukuran 7.7 magnitud di Myanmar itu sebenarnya dibina dengan banyak penyelewengan.

“Reka bentuk tak ikut piawaian, bahan binaan macam konkrit & keluli pun tak capai tahap sepatutnya,” katanya.

Lebih mengejutkan, dokumen kejuruteraan pun didapati mengandungi tandatangan palsu.

Artikel berkaitan: Warga Myanmar Di Malaysia Rai Kepulangan Pasukan SMART, Siap Cium Dahi Lagi!

Artikel berkaitan: Gempa Bumi Myanmar: Malaysia Akan Hantar Pasukan Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan

Premchai Karnasuta
Premchai Karnasuta

Setakat ini, pasukan penyelamat telah menemui 92 mayat di tapak binaan dan empat lagi masih hilang. Ini menjadikan tragedi itu antara insiden paling dahsyat dalam sejarah negara tersebut.

Ujian awal juga menunjukkan wujud penggunaan keluli berkualiti rendah sekaligus menguatkan dakwaan ada unsur rasuah dalam projek mega ni.

Kesemua 15 suspek telah dibawa ke mahkamah untuk prosiding pra-perbicaraan dan menafikan semua pertuduhan. Dua lagi individu yang turut dikehendaki dijangka tampil kepada pihak berkuasa Isnin ini.

Dalam pada itu, syarikat Italian Thai Development merupakan antara syarikat pembinaan terbesar Thailand yang dipengerusikan Premchai menyatakan mereka akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan.

Sekadar info, Premchai bukan asing dengan isu undang-undang. Pada 2021, dia pernah dijatuhkan hukuman penjara lebih tiga tahun kerana memburu haiwan dilindungi, termasuk harimau kumbang hitam di kawasan hutan terlarang.

Sumber: Malaysia Gazette 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.