in

“Bangun Subuh pun malas…” – Uncle Kentang Pesan Bangun Awal Solat Subuh, Cari Rezeki Ubah Nasib Hidup

FT UNCLE FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi umat islam, solat merupakan ‘tiang agama’ dan wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim 5 kali setiap waktu. Solat fardhu Subuh merupakan permulaan bagi rutin harian manakala fardhu Isyak pula menjadi tirai penutup sebelum umat Islam merehatkan diri pada malam hari.

Bukan setakat itu, bagi mereka yang sentiasa bangun awal pagi untuk melaksanakan solat Subuh, maka pintu rezeki akan terbuka luas buat dirinya, Malah, tubuh juga akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk memulakan rutin harian pada hari tersebut.


Bak kata pepatah ‘Jawa’, the early bird gets the worm. 

Disebabkan itu, salah seorang ‘hero Malaya’ yang tak jemu-jemu membantu rakyat yang berada dalam kesusahan iaitu Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berasa terpanggil untuk menyedarkan masyarakat Islam mengenai pentingnya bangun awal pagi untuk solat Subuh.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik olehnya di laman Facebooknya pagi ini, dia berpendapat bahawa seseorang yang benar-benar mahu berusaha untuk mengubah nasib hidupnya ialah mereka yang bangun awal pagi untuk solat Subuh.

Ujarnya dalam posting tersebut,

Solat Subuh/sembahyang pagi sangat penting kerana ia membuka minda dan confidence (keyakinan) diri sepanjang hari. Ingat.

“Kalau mintak bantuan, tapi mampu tidur sehingga 8.00 atau 10.00 pagi itu bukan orang susah. Orang susah biasa bangun awal cari rezeki.”

“BNI breakfast pun jam 7.00 pagi. Mereka bukan orang susah. Tapi business people.”

Bukan setakat itu sahaja, Uncle Kentang juga turut memberi nasihat bahawa mereka yang selalu ‘tuang’ solat sudah pasti akan merasa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ atau tidak lengkap.

Betul. Macam mana pintu rezeki nak terbukak kalau hubungan dengan Pencipta pun tak jaga kan? 

“Jadi nak keluar dari susah, mesti berusaha. Bangun awal. Solat. Kerana solat itu dapat memberi confidence pada diri sendiri sepanjang hari.”

Kalau tuang solat, kita akan rasa kita kurang satu. Dan ia akan mengugat keyakinan diri.

Tegasnya lagi,

Ini bangun subuh untuk solat pun malas apa lagi usaha lain. Betul tak? SAYA SOUND DIRECT. JANGAN MARAH KALAU TERKENA.
FB UNCLE
Posting tersebut berjaya meraih perhatian netizen sehingga mendapat lebih daripada 2,000 likes dan 180 shares. Rata-rata netizen turut bersetuju dan meluahkan perasaan kagum dengan pendapat yang dikemukakan oleh Uncle Kentang ini meskipun berlainan agama.
BACA UNCLE

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.