Walaupun kawasan Shah Alam, Selangor ada banyak rumah banglo mewah yang indah mata memandang, tetapi banglo yang satu ni mesti ramai yang perasan.
Banglo yang tersergam indah nun jauh di atas bukit pastinya buat ramai yang terpegun dengan keindahan rumah mewah itu.
Jadi, baru-baru ini banglo tersebut telah pun tular di laman TikTok sehingga mendapat perhatian daripada para netizen. Ia kerana rumah itu dikatakan telah pun dijual pada harga yang boleh buat ramai terkejut.
https://www.tiktok.com/@josephknk/video/7049929222323735835?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8uodmRma%2BULI6pxsxFcS%2FEJ0qX7ecPRySJv6jscMtGYzPffgd0Cl%2BGYmxmeQ%2FhJ2pBWU0mZzonndDN8R6GgA%3D&checksum=94e68e500d5ee6c6ad4f8c03df1a97001ebc72197b80f73a740fb98120923109&language=en&mid=6783764496671607558&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7049929222323735835&share_link_id=3A17C8D2-0E10-446F-BCFB-EE826702B699&source=h5_t×tamp=1641808255&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1
Menerusi sebuah iklan di laman Facebook Group Shah Alam Business & Services, dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Koe Omc, rumah yang dipercayai bernama Cendana Sejahtera tersebut terletak di Seksyen 7, Shah Alam telah dibuka untuk dijual pada harga RM17 juta.
Ia memiliki semua kemudahan yang diidamkan oleh semua orang termasuk tempat letak kereta bawah tanah yang boleh memuatkan sebanyak 12 buah kereta, surau, jakuzi, sauna, kolam renang dan perkhidmatan keselamatan selama 24 jam.
Menurut iklan tersebut, banglo tersebut dijelaskan sebagai “banglo bergaya resort tropika moden yang menakjubkan dengan konsep terbuka”. Ia juga terletak di kawasan peribadi eksklusif yang dibina di bukit Seksyen 7 dan dilengkapi dengan pengawal keselamatan, kolam renang dan lif.
“…banglo ini memberi persekitaran peribadi kepada pemilik dan ruang selesa kepada tetamu. Ia juga dibina berkonsepkan resort tropika terbuka, di mana pemilik dan tetamu boleh menikmati udara segar dan kehijauan yang subur secara peribadi dengan pemandangan sekitar,” jelas ejen tersebut.
Perkongsian tersebut telah pun mengejutkan orang ramai disebabkan harganya yang sangat tinggi. Ramai juga yang membuat spekulasi dengan meneka pemilik rumah tersebut. Ada yang mengatakan bahawa pemiliknya seorang ahli perniagaan dari sektor perkhidmatan dan teknologi, ada juga yang mendakwa ia milik seorang bekas menteri yang kini telah bersara.
Jadi, siapa yang ada duit lebih RM17 juta tu boleh lah try beli rumah ni.
Baca: Rumah Kereta Irwansyah Disita, Rupanya Adik Kandung Palsukan Tandatangan, Buat Loan RM600K