Sejak dari semalam lagi, kecoh diperkatakan mengenai tindakan pelakon yang terkenal dengan drama Ariana Rose, Fathia Latiff yang menyamakan wajah pelakon Zahirah MacWilson dengan seorang bibik.
Isu itu kemudian menjadi lebih panas apabila Zarina Anjoulie yang merupakan bekas sahabat baik Fathia menceritakan sisi sebenar pelakon itu ketika mereka berkawan.
Artikel berkaitan: “Cerita pasal followers je” – Pernah Berkawan & Bergaduh, Zarina Anjoulie ‘Expose’ Pasal Fathia Latiff
Artikel berkaitan: “Tak sihat ke?” – Kongsi Foto Pencapaian Dulu & Perli Zahirah, Netizen Pelik Dengan Tindakan Fathia
“You have a very bad heart”
Pekara itu jelas-jelas tidak disenangi Fathia dan pelakon wanita ini dilihat memuat naik beberapa video di media sosial yang kini sudah dipadam untuk meluahkan rasa amarahnya kepada Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju.
Fathia menuduh sikap Anju yang masih tidak berubah meskipun baru pulang dari umrah dan dia juga menafikan segala tuduhan yang dinyatakan bekas kawan baiknya itu terhadap dirinya.
https://twitter.com/OmgItsSaraa_/status/1744715194818089366
Menerusi satu posting di Instagram story, Fathia juga mengatakan yang Anju mempunyai hati yang sangat busuk dan bakal membawa isu berkenaan ke mahkamah.
Tak cukup dengan itu, Fathia juga menuduh Anju mengambil dadah namun sering kali terlepas daripada mendapat sebarang tindakan. Uish biar betul!
Kau ada hati yang sangat busuk. Sebelum kau bercakap tentang orang lain, lihat diri kau dulu. Pergi ambil semula selendang kau sebab kau baru balik daripada umrah.
“Kau lagi tua dan matang dari aku dan aku akan jumpa kau dekat mahkamah lepas balik dari luar negara.
“Tutup kepala kau daripada bercakap benda bodoh mengenai orang yang pernah kau panggil kawan. Kau jenis tikam belakang, sila malu dengan diri sendiri,” tulisnya.
Terdahulu, Anju juga pernah mendedahkan yang dia mengalami nasib yang serupa seperti Zahirah apabila dihina dan dikutuk oleh pelakon tersebut di media sosial, malah sikap Fathia juga dikatakan tidak berubah sejak dari dulu lagi.
Apa-apapun, diharapkan isu ini tidaklah dipanjang-panjangkan lagi. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, lupakanlah hal-hal yang lalu.