Dalam hidup ni, paling seronok bila semua orang ada common sense. Tak payah nak ada orang nak beritahu, dah faham sendiri dah kena buat apa.
So, apa contoh common sense yang korang selalu buat? Bayar duit minyak bila tumpang kereta member? Basuh pinggan sendiri lepas makan? Tak guna toilet OKU dekat tandas awam?
Banyak sangat sebenarnya perbuatan common sense yang kita boleh amalkan sebab ia bukan je dapat mudahkan orang lain, tapi kita pun happy dan puas hati bila selalu jadikan common sense sebagai habit.
Macam satu perkongsian daripada laman TikTok yang berjaya mendapat 1.4 juta jumlah tontonan ini, tindakan seorang pelajar sekolah membersihkan taman permainan telah berjaya mendapat perhatian orang ramai bukan sahaja di TikTok, malah di Twitter juga!
https://www.tiktok.com/@ikea_plate/video/7054107373690031387?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8XJdLNUxuP8D0sXNqySFDZMR%2BDSapMNaQLV%2FRqn9yIHbco3uo93%2FULax73o%2FuEQllHldJdtYWJxHMbMDIGgA%3D&checksum=0666463ef25f0a7568be8db128ed51bc98f565c04d9ad8dcce638865a04a0049&language=en&mid=7052125056147000066&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7054107373690031387&share_link_id=BF06D9CA-DC52-4E45-928E-DC9339597662&source=h5_t×tamp=1642653008&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1
Dikenali sebagai Afiq, pelajar ini telah membersihkan taman permainan yang dipercayai di kawasan perumahannya dengan masih memakai baju sekolah! Di dalam videonya itu, Afiq ada memberitahu dia sakit mata melihat sampah sarap yang bersepah di kawasan taman permainan itu. Jadi, dia mengambil inisiatif sendiri untuk mengutip dan membersihkan sampah itu.
Di ruangan komen postingnya itu, ramai memuji tindakan berupa common sense yang dilakukannya. Manakala, di Twitter pula ada yang kata dia merupakan pelajar Hogwarts dari siri Harry Potter kerana tali leher sekolahnya yang nampak macam tali leher Griffindor.
Pun begitu ramai yang turut meminta agar content video sebegini lebih banyak ditayangkan berbanding dengan content yang tidak berfaedah.
Min pun setuju untuk banyakkan video macam ni. Kebersihan tempat awam tu adalah tanggungjawab bersama. So, lepasni korang pun kalau jumpa sampah dekat luar tu jangan lah tengok je..apa salahnya tolong buangkan kat tong sampah. Dapat pahala…
Baca: Jijik! Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Rumah Penuh Dengan Sampah Sarap