fbpx
in

Bakal Penduduk PPR Perlu Hadiri Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Ambil Kunci Rumah – Menteri KPKT

1Ppr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah yang dilaksana Jabatan Perumahan Negara.

Bagaimanapun, terdapat banyak isu dikaitkan dengan mereka yang tinggal di kawasan PPR seperti vandalisme, kebersihan, membuang sampah dari tingkat atas dan adab kejiranan sehingga turut dilaporkan dalam media tempatan dan menjadi viral.


Screenshot 2023 03 05 At 12.11.59 Pm

Justeru, bermula tahun ini, individu yang bakal memiliki rumah PPR perlu menghadiri kursus kesedaran sivik bagi memberi kesedaran, pemahaman dan tanggungjawab mengenai hidup berkomuniti dan adab kejiranan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kursus berkenaan akan meliputi taklimat mengenai pentingnya membayar yuran penyelenggaraan, menjaga kebersihan dan mengelakkan vandalisme.
Screenshot 2023 03 05 At 12.11.20 Pm
Memetik laporan Astro Awani, Nga berkata bakal penduduk perlu hadir kursus kesedaran sivik kerana semua pihak perlu faham apabila kita menikmati kemudahan yang disediakan di perumahan, ada juga tanggungjawabnya oleh penghuni.
Oleh itu, sebelum bakal pemilik mengambil kunci rumah, mereka dikehendaki menghadiri kursus kesedaran sivik,
Tambah Nga lagi, pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyarankan semua PPR yang sedang dirancang untuk pembinaan mestilah merangkumi unsur-unsur komersial seperti memiliki kedai serbaneka dan kemudahan perbankan, selain utiliti asas seperti internet, elektrik dan air.
Screenshot 2023 03 05 At 12.10.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top