in

“Baju sakit pinggang” – [VIDEO] Wanita ‘Frust’ Beli Baju Raya ‘Cutting’ Beza Kiri Kanan

Wanita Frust Beli Baju Raya Cutting Beza Kiri Kanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang dah buat persiapan raya ke belum? Korang lebih suka tempah baju raya atau hanya beli yang dah siap? Rasanya ramai dah serbu shopping mall untuk beli barang-barang keperluan raya ni. Maklumlah bulan puasa pun dah hampir tinggalkan kita.

Bagi orang ramai yang malas nak bersesak-sesak, sesetengah daripada mereka lebih selesa untuk beli secara online supaya dapat jimat masa dan tenaga. Tak perlu susah payah beratur panjang, yelah zaman sekarang semua dekat hujung jari sahaja.


Tak kisahlah jenama yang dibeli tu murah atau mahal, kita mesti akan pentingkan kualiti baju tersebut. Namun, ada juga risiko dan kekurangannya beli baju raya online seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikToknya @wannurliyanaaa.

@wannurliyanaaa

agak agaknya mesin jahit dorang pun senget sebelah kot ? apa pelik ghupe cutting kiri kanannya tu beza benar #hijabistahub#raya#2022#foryoupage#fyp

♬ original sound – Wan Nur Liyana – Liyanaazhar

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh wanita ini, dia menunjukkan baju kurung warna emerald green yang dibelinya dari jenama tempatan yang sememangnya terkenal dengan koleksi baju raya mengikut trend kelihatan pelik kerana potongan kiri dan kanan baju tersebut tidak sama dan senget sebelah.

Apa yang membuatkan wanita ini lebih kecewa lagi bila dia dah memaklumkan menerusi dm kepada jenama terkenal tersebut untuk pulangan semula duit tapi sampai ke sudah tak dapat maklum balas. Akhirnya, dia terpaksa pergi alter sendiri baju tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mempersoalkan tentang ketelusan dan sistem khidmat pelanggan yang teruk. Ada juga netizen yang menyuruh pihak jenama ini untuk lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

“Tanggungjawab tak ada langsung” – Komen netizen

KOMEN HH

Korang pernah terkena macam ni tak? Bukan murah tau baju raya sekarang ni!

Baca: “Boleh buat team bola bang!” – [VIDEO] Meriah! Lelaki Bawa 4 Isteri & 13 Anak ‘Shopping’ Baju Raya!

bawahh

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.