in

“Baiknya diorang!” – Peniaga Baik Hati, Agih Buah Tembikai Untuk Perantau Yang Tersekat Dalam ‘Jammed’

Tembikai 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hampir seminggu berhari raya, kebanyakan anak perantau telah bertolak ke bandar semula untuk bekerja seperti biasa bermula hari Isnin. Seperti biasa, keadaan jalan raya juga menjadi sesak dengan kenderaan.

Bagi buah tembikai percuma

Kalau sebelum ini pernah tular tentang sebuah keluarga yang memberikan tandas percuma kepada pengguna jalan raya, kali ini, seorang peniaga telah berbesar hati memberikan beberapa potong buah tembikai kepada pengguna jalan raya yang sedang berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.


Artikel berkaitan: “Lain macam!” – Wanita ‘Prepare; Pampers Untuk Senang Buang Air Bila Hadap ‘Jammed’ Nak Balik Raya

Artikel berkaitan: “Kenapa U turn tengah jalan?”- Warganet Berang, Pemandu Kenderaan Sanggup Patah Balik Dari Hadap Jem

Menerusi hantaran video oleh @mankidal92 di TikTok, peniaga berkenaan telah membuka gerai di tepi jalan dan dia bersama individu yang lain dilihat sedang menyiapkan beberapa pinggan buah tembikai potong.

Selain itu, ada beberapa orang lelaki yang ditugaskan untuk memotong buah tembikai, membahagikan di dalam pinggan dan mengagihkan pinggan-pinggan tersebut kepada pengguna jalan raya yang lalu di situ.

Kongsi rezeki ketika jalan tengah sesak. Hati-hati memandu semua, semoga selamat sampai ke destinasi. – kapsyen video

Jelas di wajah pengguna jalan raya tersebut, mereka kelihatan gembira mendapat buah tangan daripada peniaga buah tembikai tersebut.

@mankidal92

kongsi2 rezeki ketika jln tengah jem. Hati2 memandu semua, semoga selamat sampai ke destinasi. Amin. #kampungberistokku

♬ original sound – LaguRaya – LaguRaya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan tindakan peniaga buah tembikai itu kerana bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang ramai. Mereka berkata, situasi tersebut berlaku di sebuah jalan raya yang terletak di Terengganu.

Tembikai 1 Tembikai 2

Selain itu, ada netizen yang menceritakan pengalaman mendapat sepinggan nasi beriani daripada orang awam ketika sedang berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Tembikai 3

Wah… baiknya orang Malaysia ni.. terharu min

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.