in

”Bahaya weh” – Orang Ramai Marah Lepas Tengok Lelaki Dipercayai Warga Asing Berbasikal Di Lebuhraya

Warga Asing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebuhraya adalah jalan dimana pelbagai jenis kenderaan guna untuk tujuan tiba ke destinasi dengan selamat. Walaupun pelbagai kenderaan dibenarkan untuk menggunakan lebuhraya, ada beberapa jenis kenderaan yang dilarang sama sekali menggunakannya atas faktor keselamatan.

Terkini, tular di media sosial seorang lelaki dipercayai warga asing menaiki basikal dan menggunakan lebuhraya. Video berdurasi 13 saat itu telah mengundang kemarahan orang ramai dengan tindakan lelaki tersebut. Korang boleh tengok video @anthraxxx781 di bawah.


https://twitter.com/anthraxxx781/status/1754122515579088915?s=46&t=liUjmqlFCXQXV4TSyufavA

Artikel penuh: Warga Asing Mengaku Buat Solat Zohor 12 Rakaat, Ini Penerangan Bilangan Solat Mazhab Lain

Artikel penuh: Merayap Jauh Sangat, Kucing Pegang Pinggang Ikut Tuan Balik Naik Basikal

Bahaya weh

Rata-rata netizen berasa bengang dan marah dengan tindakan lelaki yang dipercayai warga asing itu berbasikal di tengah lebuhraya. Tindakannya amat membahayakan dirinya dan pengguna jalan yang lain yang mungkin terpaksa mengelak daripada terlanggarnya.

Screenshot 2024 02 10 At 2.34.45 PmMin pun geram juga tapi bukan sebab stereotype bangsa. Min geram lebih kepada tindakan dorang yang membahayakan dan menyusahkan negara lain. Negara kita ni ada undang-undang jalan raya, kena ikutlah untuk keselamatan bersama. 

Screenshot 2024 02 10 At 2.36.19 PmBetul, min setuju sangat. Basikal kan, laju mana dia boleh pegi, silap-silap sebab dia sorang habis sesak jalan. Bahaya tau bawa basikal dekat highway. 

Screenshot 2024 02 10 At 2.35.34 PmKalau nak lalu tol sangat, naik lah kereta. Moto pun tak kena bayar tol tau dekat Malaysia ni. Basikal lagi lah, tidak dibenarkan diatas lebuh raya. Harap tak jadi apa lah kepada warga asing tu dan tolonglah jangan buat lagi perangai yang aneh-aneh di lebuhraya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.