Sejak beberapa hari ni, hangat diperkatakan tentang seorang founder perniagaan yang dikecam netizen selepas sebuah video viral menunjukkan dia bercakap dalam nada tinggi kepada seorang pakcik di sebuah pusat gelandangan.
Pelbagai komen negatif diterima founder lelaki itu kerana netizen berpendapat tindakannya itu biadap dan memalukan pakcik terbabit.
Dah minta maaf
Bagaimanapun, founder bernama Carl Samsudin itu dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Instagram atas tindakannya seperti di dalam video berkenaan.
Kata Carl, dia tidak berniat mahu menghina sesiapa terutamanya pakcik itu dan mengakui dia cuba untuk menghormati semua golongan manusia sepanjang hidupnya.
https://www.instagram.com/p/CR5C8bcNMsp/
Difahamkan, dia bercadang untuk berjumpa dengan pakcik itu untuk meminta maaf dan membaiki kesilapannya demi memulihkan keadaan yang kini masih hangat menjadi bualan netizen.
‘Offer’ RM150 untuk komen paling positif?
Menerusi Twitter, seorang netizen dilihat memuat naik posting Carl di Instagram dan ia sekali lagi mendapat perhatian dek kerana ayat yang digunakan. Posting gambar menunjukkan dia menadah tangan berdoa itu disertakan dengan persoalan sama ada netizen dapat atau tidak ‘point’ yang ingin disampaikan.
Saya tersalah kata, penggunaan bahasa saya sedikit kasar tapi korang still tak dapat ke point yang saya cuba bagitahu pakcik tu?”
Tapi, apa yang lebih mendapat perhatian adalah kerana Carl dilihat menawarkan netizen wang sejumlah RM150 untuk sesiapa yang memberikan komen paling positif di posting terbabit.
Korang ada tak pergi rumah gelandangan? Tak kan? Yang pergi tu saya. Apa perkata positif yang kamu dapat dari video tu?”
Cuba kongsi. Saya akan bagi RM150 untuk komen paling positive.”
Posting tersebut difahamkan telah dimuat naik oleh akaun lain yang menggunakan nama Carl Samsudin namun tidak dipastikan mengapa individu di sebalik akaun tersebut berbuat sedemikian. Sama ada sengaja mahu terlibat dalam isu ini atau mengeruhkan lagi keadaan tapi tidak dipastikan jika individu di sebalik akaun tersebut adalah Carl sendiri.
Semoga pihak sana mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku serta diharapkan agar isu sebegini tidak berulang lagi di masa akan datang.