Sebagai anak, mesti korang risau bila ibu atau ayah yang sudah berumur tinggal di rumah sendirian. Jadi, negara Singapura telah menggunakan satu inisiatif yang mana sistem penggera amaran atau Alert Alarm System (AAS) dipasang di rumah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Satu video dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri Singapura, Muhammad Faishal Ibrahim melalui TikTok miliknya memaparkan seorang lelaki berusia 82 tahun bernama Encik Abdul Rahim membuat demonstrasi cara penggunaan AAS tersebut.
Sistem penggera digunakan sejak tahun lepas
Menerusi video itu, ada satu loceng dipasang di rumah dan sekiranya ada kecemasan, warga emas tersebut perlu menekan loceng itu dan menunggu 10 saat sebelum panggilan itu disambung kepada operator. Setelah itu, dia perlu memberitahu operator tersebut tentang masalah kesihatannya.
Artikel berkaitan: Lelaki Singapura Didenda RM5,500, Pecah Cermin Kereta Orang Lepas Dihalang Guna Lorong Kecemasan
Artikel berkaitan: Pemilik Kereta Singapura Isi Minyak Kuning, Siap Mengaku Dirinya Orang Malaysia
Kata menteri itu, Encik Abdul Rahim tinggal di sebuah rumah flat bersama isterinya. Mereka menggunakan AAS tersebut sebanyak tiga kali sejak tahun lepas untuk hal-hal kecemasan. Talian itu juga beroperasi selama 24 jam.
Di parlimen semalam, saya berkongsi bahawa kami akan melanjutkan Sistem Penggera Tanpa Wayar (AAS) kepada semua warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tinggal di kira-kira 170 blok rumah sewa awam. Ia akan memanfaatkan sekitar 26,800 lagi warga emas.
Kami berharap dapat menyokong lebih ramai warga emas berpendapatan rendah supaya mereka berasa lebih selamat apabila hidup berdikari di rumah. – kapsyen video
@muhammadfaishalibrahim In parliament yesterday, I shared that we will extend the wireless Alert Alarm System (AAS) to all seniors aged 60 and above living in about 170 public rental blocks. This expansion, under Age Well SG, will benefit around 26,800 more seniors. Through this expansion, we hope to support more low-income and vulnerable seniors, so that they feel safer when living independently at home. More on www.mnd.gov.sg/cos2024. #COS2024 #Budget2024 #mndcos2024 @MND Singapore
♬ original sound – muhammadfaishalibrahim – muhammadfaishalibrahim
Netizen minta tambah baik sistem
Bagaimanapun, video itu telah mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Rata-rata daripada mereka menyokong inisiatif tersebut kerana ia memudahkan warga emas untuk meminta bantuan kesihatan apabila perlu.
Ada juga yang mencadangkan Malaysia menggunakan AAS di rumah warga emas namun sistem itu harus ditambah baik. Contohnya, tempoh masa sebelum panggilan itu disambung ke operator perlu dipendekkan.
Kalau ada macam ni kat Malaysia memang function!
Sumber: TikTok