in

Bagai Tak Serik, Penyokong Indonesia ‘Serang’ Bas Pemain Thailand Hingga Tingkap Retak?

penyokong indonesia aff

Umum mengetahui antara tragedi paling menyedihkan dalam arena bola sepak antarabangsa pada tahun ini ialah rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia yang telah mengorbankan 135 nyawa serta hampir 600 orang yang tercedera.

Pun begitu, kini piala AFF Mitsubishi Electric sedang menjadi buruan negara-negara di Asia Tenggara termasuklah Indonesia dan Malaysia.

Bagai tak serik? 

Psywar (Psychological Warfare) sering berlaku dalam dunia sukan, dari bola sepak, bola keranjang, hinggalah sukan-sukan seperti tinju atau mixed martial arts (MMA).

Psywar biasanya diamalkan oleh jurulatih pasukan, peminat serta atlet, ia merupakan satu bentuk tindakan ‘serangan’ yang dilakukan menggunakan kaedah psikologi dengan tujuan untuk menimbulkan rasa takut atau triggering untuk pihak lawan.

Namun, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan penyokong-penyokong skuad Garuda Indonesia yang bertindak bergasak dan menyerang bas pasukan Thailand ketika awal perlawanan AFF yang diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta pada Khamis lalu.

https://twitter.com/luisviegasfoot/status/1608387386794479616?s=20

Baling batu hingga tingkap bas pecah?

Penyokong Indonesia yang tidak bertanggungjawab dikatakan telah menyerang bas pasukan kebangsaan Thailand ketika menuju ke SUGBK, hal ini menyebabkan pemain serta jurulatih Thailand menjadi takut dan risau akan keselamatan mereka.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang membaling batu ke arah tingkap bas tersebut dan ia menyebabkan tingkap bas tersebut pecah.

Posting itu kemudiannya mendapat pelbagai kecaman daripada netizen dan ada yang berkata apa yang dilakukan oleh peminat itu memalukan serta hanya akan memburukkan nama Indonesia.

cats 36

Baca: 100 Anggota Polis Sujud Mohon Maaf Kepada 131 Mangsa Nahas Stadium Kanjuruhan

Ft Polis Sujud Mohon Maaf