Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berhadapan situasi cemas apabila dia ditelan seekor badak air. Kejadian dilaporkan berlaku di Kampala, Uganda.
Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan sedang bermain bersendirian berhampiran rumahnya yang terletak di tepi sebuah tasik di bandar Katwe Kabatoro. Mangsa secara tiba-tiba didatangi oleh seekor badak air yang kelaparan lalu dibaham dengan menggunakan rahangnya yang besar.
Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut bernasib baik apabila haiwan buas itu sempat memuntahkan mangsa selepas direjam dengan batu oleh saksi di tempat kejadian.
Saksi tersebut, Chrispas Bagonza melempar batu ke arah haiwan itu, sebelum ia sempat menelan mangsa sepenuhnya. Badak air tersebut kemudian memuntahkan mangsa, menyebabkan ia lari diri ke dalam tasik.

Menurut sumber, mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan di bandar berhampiran. Mangsa dilaporkan masih hidup namun masih tiada laporan kecederaan yang dilaporkan oleh pihak berwajib.
Untuk rekod, badak air dianggarkan telah membunuh sekurang-kurangnya 500 orang setahun di Afrika. Haiwan ini akan mengunyah mangsa menggunakan gading yang boleh membesar sepanjang 30 sentimeter.
Kredit: Kosmo
BACA: 5 Pulau Yang Hanya Didiami Oleh Haiwan, 3 & 4 Tu Tak Boleh Dilawati