Tular sebuah video di TikTok memaparkan sekeluarga berhadapan detik cemas apabila terperangkap lebih dua jam dalam lif sebuah hotel di Kulim, Kedah.
Lebih membimbangkan, insiden itu turut melibatkan seorang bayi perempuan dan beberapa kanak-kanak.
Dalam video yang dikongsikan, bayi yang kelihatan tidak bermaya itu berjaya dikeluarkan melalui pintu atas siling lif dengan bantuan anggota bomba.
Artikel berkaitan: “Letak selipar tengah pintu” – Kes Budak Terperangkap 9 Jam Dalam Lif, Rakaman CCTV Dedah Punca Sebenar?
Pihak pengurusan dakwa tak perlu panggil bomba
Intan Noratini yang juga ibu kepada bayi itu meluahkan rasa terkilan kerana mendakwa bantuan daripada pihak pengurusan hotel tiba lewat.
@intannoratini Gamak hampa buat macam tu kat kami. Boleh pulak kat sat sat nak repair jalan macam biasa. Orang ada dalam boleh repair ka? Sayang harta benda ka sayang nyawa? 2 jam dengan budak budak dan baby. Kalau orang tua lain cerita. Cuba la fikir sama maintainance oi. Otak letak mana. Lepas jam 11.20 kami balik macam tu ja. Pihak hotel tak da kata maaf atau jumpa tanya ok ka xok ka. Gamak
Memetik laporan Sinar Harian, Intan Noratini berkata, kejadian bermula apabila dia sekeluarga diundang ke majlis perkahwinan kenalan di aras lima hotel tersebut.
“Kami terperangkap dari jam 9.10 malam hingga 11.20 malam, memang panik dan panas keadaan dalam lif semuanya berpeluh.
“Kemudian, kami hubungi pasukan selenggara hotel yang tertera pada lif dan beritahu mahu telefon pihak bomba.
“Tetapi, mereka kata tak perlu sebab bomba tak ada kena-mengena dengan lif, pelik juga jadi kami tunggu sahaja selepas 30 minit masih tak sampai. Banyak kali tekan butang kecemasan akhirnya ada respon suruh tunggu,” katanya.
Mengulas mengenai kejadian itu, Intan Noratini memberitahu, keadaan menjadi lebih buruk apabila lampu dan kipas dalam lif terpadam beberapa kali difahamkan bagi tujuan baik pulih sistem.
“Kiranya kami duduk dalam gelap, tak ada cahaya atau angin langsung. Jadi, terpaksalah kopak sedikit pintu lif untuk bagi angin masuk.”
Dalam pada itu, dia bersyukur keluarganya selamat dalam kejadian terbabit namun terkilan kerana tidak menerima permohonaan maaf daripada pengurusan hotel.
Sumber: TikTok, Sinar Harian