in

“Ayooo” – Berharap Dapat Jodoh Orang Turkiye Duduk Sebelah Seat Dalam Flight, Sekali Untuk Anjing

ft jodoh dalam flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa yang seronok kalau bercuti dengan orang yang kita rapat adalah melihat kerenah rakan dan gelagat mereka. Ada kalanya sampai tak kering gusi, seperti telatah seorang wanita yang dikenali sebagai Maksom menerusi video TikTok @zarolzarif ini.

Misi cari jodoh di Turkiye


Berdasarkan perkongsiannya di TikTok, Zarol dan rakan-rakannya dilihat sedang bercuti di Turkiye dan mereka berseronok melakukan pelbagai aktiviti di sana. Namun antara perkara yang mencuit hati adalah melihat gelagat rakan wanitanya berjumpa dengan orang-orang Turkiye yang tampan belaka.

@

♬ –

@zarolzarif

Saya rasa saya kena post Wall Video ni.. Hahaha.. Semalam ktorang gi Grocery pastu susah nak cari barang sebab orang diorang ada yang tak boleh cakap English.. Pastu tetiba datang seorang lelaki helok yang tau berbahasa Inggeris tawarkan diri nak tolong si @zuesharf ni.. Apa lagi, Berbunga bunga la dia.. Terus lupakan ktorang kat blkng ni..Hahaha.. Tengok la nanti apa lagi perangai dia jumpa laki helok lain.. Kat sini korang susah nk jumpa perempuan ngn laki yang tak helok.. Kalau korang tengok story Zarol hari2 ada je kan yang lawo2.. Stay tuned and check it out upcoming story I G zarol sentiasa untuk korang cuci mata! haha.. #Fyp #Turkey #Istanbul #holiday

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@zarolzarif

Episod kedua dan Episod terakhir!! Harini last day si Lelaki Turkey teman gadis melayu ini shopping sebab ktorang nak gerak ke Istanbul pula.. Mungkinkah jodoh mereka kuat dan berjumpa semula di Istanbul? Doakan ya.. Hahahaha.. (Ps: Tp ramai komen nampak mata lelaki tu dah lain macam pandang @zuesharf kan? seperti ada sesuatu.. lahhh!! haha) Thank you @caravanserai_holidays kerana mempertemukan mereka di bumi Turkey! ?

♬ Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh (SKSJ) – Five Minutes

Bagaimanapun, ada satu video yang benar-benar mencuit hati netizen sehingga meraih 1.6 juta tontonan dalam masa sehari ia dimuat naik. Video tersebut menunjukkan situasi mereka ketika berada di dalam kapal terbang.

Menurut Zarol, kesemua rakan-rakannya yang lain sudah menemui ‘jodoh’ masing-masing sepanjang mereka di Turkiye sana, jadi tibalah giliran wanita yang dikenali sebagai Maksom ini untuk ‘test market’.

Semasa mereka duduk di dalam kapal, dilihat penumpang lain masing-masing mencari tempat duduk mereka dan kelihatan ramai jejaka dari Turkiye yang melepasi tempat mereka di mana rakan-rakan Maksom ini mengagak seat sebelah rakannya yang kosong itu akan diduduki seorang lelaki kacak dari Turkiye.

Bagaimanapun, malangnya tempat duduk tersebut rupanya milik seorang wanita yang membawa seekor anjing peliharaan. Melihat reaksi Maksom yang kecewa, ia telah mencuit hati netizen yang menonton video tersebut.

 

Maksom pun berhak bahagia di Turkiye!

@zarolzarif

Maksom @fannarsln pun berhak bahagia di Turkey! @zuesharf dah jumpa lelaki Turkey handsome di Grocery, @amri_aziz dah dapat awek turkey cun di Cruise.. Akhirnya Maksom dapat jodoh Lelaki Turkey handsome di dalam flight guys! Ucapkan Tahniah pada @Maksom sekarang!! Thank you @Caravanserai Holidays sebab dah mempertemukan maksom dan jodohnya ! ❤️ #fyp #turkey #jodohhandsome

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ramai netizen yang ‘bersimpati’ dengan nasib Maksom dan merasakan insiden yang menimpa wanita itu sangat kelakar.

maksom 2 maksom 3 maksom 4 maksom 5

Alahai, min pun berdekah bila tengok reaksi Maksom ni. Min nampak orang yang duduk belakang tu pun macam tergelak je. Kesian Maksom ye… 

Baca : [VIDEO] Sedih & Lawak! Pemandu Grab Tak Sengaja Tinggalkan Penumpang Lepas Tolong Rider Accident

ft grab tak perasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.