in

“Ayah dia pun bersubahat” – Pengantin Lelaki Kecewa Bakal Isteri ‘Lesap’ Di Hari Nikah, Rupanya…

pengantin lelaki kecewa tunang isteri orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Remuknya hati seorang bakal pengantin apabila hari bahagianya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas wanita yang sepatutnya menjadi isterinya tidak muncul pada hari pernikahan.

Menerusi hantaran tular di Facebook, pemuda tersebut mendakwa mengenali wanita itu sejak 2021 dan melangsungkan pertunangan pada 12 Oktober tahun lalu di Kuching, Sarawak.


Katanya, dia mula tidak sedap hati ketika rombongannya tiba di homestay di Mukah yang diuruskan pengantin perempuan tetapi dimaklumkan tiada tempahan dilakukan menurut pemilik homestay.

Menurut pemuda itu, dia sudah berkali-kali menelefon tunangnya namun tiada maklum balas dan terpaksa membayar homestay tersebut dengan duit sendiri untuk rombongan keluarganya.

Screenshot 2023 11 14 123417

“Sampai di Daro, kami terus ke homestay yang dah sudah ditempah oleh si pengantin perempuan untuk rombongan kami berjumlah 22 orang (sebuah van 3 buah kereta).

“Kami terkejut apabila pemilik homestay memaklumkan tiada menerima pesanan pada tarikh yang dinyatakan. Aku pun menelefon bakal pengantin perempuan berkali-kali, tetapi tiada maklum balas.

“Disebabkan sudah terlalu penat, terpaksa bayar homestay juga dengan menggunakan duit sendiri, termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya diuruskan pengantin perempuan. Bukan main lagi, beritahu pada ibu aku yang dia sudah menguruskan semua hal inap desa, hanya tinggal untuk datang menginap sahaja,” katanya.

402134787 24403154809331736 504212757174614170 n

Rupanya tunang isteri orang

Pada hari yang sepatutnya berlangsung akad nikah, dia bersama rombongan yang membawa barang hantaran terkejut apabila mendapati rumah bakal pengantin perempuan kosong seperti tiada majlis yang dibuat.

Mahu mendapatkan kepastian, dia pergi ke rumah jiran di situ dan terkejut apabila mendapati bakal isterinya itu sudah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Lebih mengecewakan apabila wanita itu telah menipu namanya dan bapanya turut bersubahat dalam kes ini.

“Yang lagi parah, perempuan itu sudah BERKAHWIN dan mempunyai DUA ORANG ANAK. Ayah dia pun bersubahat sekali lagi kes ini sebab tidak jujur dari awal.

“Dengan kos kerugian persiapan kahwin lagi, duit hantaran sudah diberi, maruah keluarga aku lagi. MANA NAK LETAK!!” katanya.

Disebabkan rasa tertipu, pemuda itu menyatakan telah membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.

400369742 24403153892665161 577997339673067018 n

Selain itu, pemuda tersebut mendakwa proses daftar nikah telah diuruskan oleh pihak perempuan dan menganggap ia telah diselesaikan oleh pihak sana.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar kisahnya menjadi pengajaran dan iktibar buat semua orang supaya lebih berhati-hati dengan pasangan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.